*SILA KLIK PADA CARTA UNTUK LEBIH JELAS
SK LABU ULU,
BT.8 JALAN LABU - SEREMBAN,
71900 LABU, SEREMBAN, N.SEMBILAN DARUL KHUSUS
KOD: NBA4013   TELEFON/FAKS: 067911727
e-MAIL: nba4013@ppdseremban.edu.my, nba4013@1bestarinet.yes.my
WEBLOG: sklabuulu.blogspot.com

VISI SEKOLAH
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI SEKOLAH
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"


SEJARAH SK LABU ULU
Mula diasaskan pada tahun 1895 yang asalnya merupakan sebuah bangsal. Hanya pada tahun 1901 dibina sebuah bangunan beratap bertam dan berdinding kayu atas mesyuarah penduduk kampung. Pada awalnya sekolah ini mempunyai 30 orang murid lelaki dan seorang guru yang juga merangkap sebagai guru besar.

Namun pada tahun 1915 baharulah terdapat pelajar perempuan seramai 18 orang dan pertambahan seorang guru perempuan. Oleh kerana semangat untuk belajar semakin memuncak dikalangan penduduk setempat maka sebuah bangunan tambahan dibina pada tahun 1939.

Pada tahun 1967 sekolah ini telah berpindah sepenuhnya dari tempat asal yang berhampiran dengan masjid dan juga jalan keretapi utara-selatan. Sekolah ini telah menerima bekalan elektrik pada tahun 1976. Bagi memenuhi keadaan semasa maka dibina lagi sebuah bangunan tambahan dan padang permainan pada tahun 1982. 

Pada tahun 2003 dua blok bangunan baharu siap sepenuhnya. Bangunan ini dilengkapi dengan bilik-bilik khas seperti makmal sains, bengkel kemahirah hidup, bilik seni dan sebagainya. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan pada tanggal 12 Februari 2004.

Sekolah ini turut mempunyai dua buah kelas prasekolah dan sebuah makmal komputer untuk kemudahan guru serta murid. Makmal komputer ini telah siap pembinaanya pada 28 Mei 2004 dan segala peralatan diperoleh daripada pembekal-pembekal secara berperingkat.

Sesungguhnya SK Labu Ulu telah melahirkan ramai pelajar cemerlang dan menjawat jawatan yang tinggi di sektor awam dan juga swasta. Resepi utama kejayaan ini ialah

"guru yang komited, pelajar yang bermotivasi dan sokongan padu ibubapa"


Lagu SK Labu Ulu

Kami di Sekolah Labu Ulu,
Usaha rajin baca buku,
Menuju cita yang tinggi,
Semuanya untuk kami,

Sekolah kami indah bersih,
Terletak tinggi atas bukit,
Udara nyaman dan bersih,
Jauhkan dari penyakit,

Usaha jaya cogan kata kami,
Pelajaran diterima,
Semogakan tercapai cita-cita,
Bakal memimpin negara

Gubahan: En Azlan b Harun
Lirik: En Azlan b Harun & Pn Jane Joo Eng
          
  


View Larger Map

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...