Monday, December 31, 2012

On 5:26 AM by SK Labu Ulu   No comments
Bersama-sama kita jadikan SK Labu Ulu terus berjaya dan gemilang.

Monday, November 26, 2012

On 4:16 PM by SK Labu Ulu   2 comments

SENARAI PELAJAR 5A UPSR SKLU 2012
 Dari kiri :
1. Nur Athirah bt. Zainuddin
2. Nur Haszyrra Sabrina  bt. Hasry
3. Nur Izzah Atirah Safi
4. Nurul Hana bt. Hairizam
5. Nurul Ardini bt. Abdul Hafiz
6. Nur Rasyidah bt. Abdul Karim
7. Nur Anis Aina
8. Nurul Ain Syamimie bt. Anuar
9. Nur Dinie bt. Zamri

4A
Dari kiri:
1. Muhammad Fakhrul Alimin bin Roslani
2. Nur Afifah bt. Hairol Nizam
3. Nur Syauqina Najihah bt. Rozali



Wednesday, November 14, 2012

On 4:36 PM by SK Labu Ulu   No comments
Terima kasih darulmurtadza.com
On 7:18 AM by SK Labu Ulu   No comments

Monday, November 12, 2012

On 9:13 AM by SK Labu Ulu   No comments

On 5:40 AM by SK Labu Ulu   No comments

http://apps1.moe.gov.my/splg/apps2/
Modul INDIVIDU digunakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)dan Pegawai Kumpulan Pelaksana bagi merekod maklumat kepakaran (eProfile) dan merekodkan Kursus-kursus yang dihadiri diluar(KKL) dan Book Revier (BR)

Modul SULDP digunakan oleh penyelaras LDP di peringkat Bahagian, Jabatan, PPD dan sekolah untuk mengurus kursus-kursus yang dilaksanakan secara berkumpulan (Schoolbase). Ia juga digunakan oleh ketua jabatan untuk mengesahkan maklumat eProfile PPP dan menyokong Kursus-Kursus Luar dan Book Review yang dimasukkan pengguna menerusi Modul Individu.

Menerusi modul SULDP juga, pegawai di PPD akan menyokong kursus yang dirancang oleh pihak sekolah di samping menyediakan analisis mengikut paras pengguna.

Modul CPD Dashboard digunakan oleh pihak pengurusan tertinggi, bagi melihat dan memantau pelaksanaan kursus-kursus dan data kepakaran (eProfil) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

Modul ini juga membolehkan pengurusan di JPN dan PPD melihat analisis dan proses pengemaskinian data eProfil.

Kursus-kursus dan Book Review (BR) yang di 'Key In' menerusi Modul Individu perlu disemak dan disokong oleh SULDP/ Ketua Jabatan bagi membolehkan ianya dipaparkan dalam pelaporan Digital.

Ketua Jabatan juga diminta membuat pengesahan data dan maklumat eProfile yang dikemaskini melalui Modul Individu menerusi modul SULDP.

On 4:15 AM by SK Labu Ulu   No comments
Murid-murid dan guru kini boleh memuat turun gambar kelas untuk disimpan sebagai kenang-kenangan.
Caranya mudah sahaja.
1.Kilik "link" yang diberikan
2.Apabila album photobucket telah dibuka, "double" klik gambar yang diinginkan untuk membesarkan gambar tersebut.
3.Klik kanan dan pilih "save image as" dan "save".
Klik sini untuk muat turun gambar Class of 2012

Sunday, November 11, 2012

On 6:29 PM by SK Labu Ulu   No comments

Seluruh warga SK Labu Ulu mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada Puan Easwary A/P S.Kaliappan yang akan menyambutnya pada 13 November 2012 nanti. Semoga Hari Deepavali pada tahun ini akan terus memberi cahaya kebahagiaan dan kejayaan kepada Puan Easwary sekeluarga.

Friday, November 9, 2012

On 5:02 AM by SK Labu Ulu   No comments
APA PENDAPAT ANDA KALAU,
< FROG VLE + MICROSOFT SURFACE = ????? :) >
On 4:33 AM by SK Labu Ulu   No comments
Tarikh: 6 November 2012
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Khairuzzaman bin Mohd Yusof, wakil PPD Seremban.
Gambar graduasi Prasekolah SKLU 2012 klik sini Graduasi Prasekolah SKLU 2012
On 3:07 AM by SK Labu Ulu   No comments
Tarikh : 6 November 2012
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi
Perasmian oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Seremban ; Tuan Haji Khairuzzaman bin Mohd Yusof

Syabas dan Tahniah kepada semua murid yang menerima anugerah. Gandakan usaha untuk meningkatkan lagi pencapaian. Bagi yang tidak berjaya, peluang untuk memperbaiki diri sentiasa terbuka untuk anda.

Gambar sekitar Hari Anugerah Cemerlang klik sini HAC SKLU 2012

Monday, November 5, 2012

On 7:58 AM by SK Labu Ulu   No comments
Sukacita dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga bahawa pihak jawatankuasa pemilihan bagi memasuki kelas prasekolah SK Labu Ulu telah sebulat suara memilih senarai murid yang berikut untuk sesi persekolahan 2013.

Ibubapa/penjaga kanak-kanak yang tersenarai di atas boleh mendapatkan surat tawaran kemasukan ke kelas prasekolah di pejabat pentadbiran SK Labu Ulu bermula hari ini. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan semula sebelum/pada 16 November 2012. Kegagalan mematuhi tarikh yang telah ditetapkan adalah dianggap sebagai menolak tawaran yang diberikan. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi no telefon berikut : 06-7911727

On 3:24 AM by SK Labu Ulu   No comments
Tarikh : 2-3 November 2012
Lokasi  : SK Labu Ulu
Penyertaan : 100 orang murid
                    BSMM - 25 orang murid
                    Pengakap - 25 orang murid
                    Pandu Puteri Tunas - 25 orang murid
                    Pergerakan Puteri Islam - 25 orang murid
Penganjur program : Pergerakan Puteri Islam SK Labu Ulu
Kem komandan : En Samsul b Abd Ghapar
 Gambar sekitar perkhemahan perdana SKLU 2012 PPSKLU 2012

Friday, November 2, 2012

On 7:33 PM by SK Labu Ulu   No comments

DATE : 1st NOVEMBER 2012
TIME  : 1.45 pm
VENUE : ICT LAB SKLU

IKLAN DULU................

Thursday, November 1, 2012

On 6:51 PM by SK Labu Ulu   No comments


Tarikh : 31 Oktober 2012
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU

Majlis Penutup Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 Peringkat SK Labu Ulu telah diadakan dengan meriah. Bermula dengan acara gimik istiadat majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang meliputi upacara menyambut rombongan pengantin lelaki, acara berbalas pantun, pertunjukkan silat dan majlis menepung tawar kedua mempelai. Akhir sekali penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan bahasa sepanjang Minggu Bahasa Kebangsaan Peringkat SK Labu ULU 2012.

Gambar selanjutnya klik sini Majlis Penutup Bulan Bahasa Kebangsaan SKLU 2012

On 5:54 PM by SK Labu Ulu   No comments

Tarikh : 31 Oktober 2012
Masa  : 9.00pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU

Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Labu telah berlangsung dengan meriah dan ceria. Setiap kelas bermula kelas prasekolah hingga tahun enam telah membuat persembahan. Dua orang murid iaitu Adik Fadlihisham dan Nur Dinie telah dinobatkan sebagai Tokoh Kanak-Kanak SK Labu Ulu 2012 beradasarkan keperibadian, akademik dan pencapaian mereka dalam mengharumkan nama SK Labu Ulu. Tahniah diucapkan.

Gambar Hari Kanak-Kanak SKLU klik sini Hari Kanak-Kanak SKLU 2012



Sunday, October 21, 2012

On 6:53 AM by SK Labu Ulu   No comments

Tarikh : 18-20 Oktober 2012
Masa  : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Makmal ICT SK Labu Ulu
Jumlah peserta : 39 Orang
Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan pegawai ICT JPNS dan Jurulatih Utama yang telah berkongsi ilmu serta kepakaran sepanjang kursus ini dijalankan. Program Frog VLE melalui Projek 1BestariNet merupakan lonjakkan transformasi pendidikan Malaysia bertaraf dunia.


Sunday, October 14, 2012

On 12:02 AM by SK Labu Ulu   No comments

Suasana sedih mengiringi majlis perpisahan seorang guru yang sangat disenangi dan disayangi di SK Labu Ulu iaitu Ustaz Mohd Zuffri bin Abdullah. Selama 13 tahun mencurahkan bakti dan pelbagai kejayaan dicapai di SKLU kini Ustaz Mohd Zuffri bin Abdullah akan meninggalkan SKLU untuk menjalankan tugas baharu sebagai GPK Kokurikulum di SK Dato' Ahmad Manaf, Nilai. Jutaan terima kasih atas sumbangan dan khidmat yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di SKLU.Tahniah atas pelantikan sebagai GPK Kokurikulum.

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi

Dari mana hendak ke mana
Tinggi ruput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?

Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana


Gambar sekitar majlis perpisahan Ustaz Mohd Zuffri b Abdullah klik sini Majlis Perpisahan Ustaz Mohd Zuffri

Monday, October 8, 2012

On 9:37 PM by SK Labu Ulu   No comments
Tarikh : 2 Oktober 2012
Masa : 2.00 petang
Tempat : Makmal ICT
Penceramah : 1. Pn Noormaah bt Hj Mansor ; Guru Besar SKLU
                      2. Pn Hjh Rosnah bt Hj Abu Bakar ; GPK Pentadbiran SKLU

Wednesday, October 3, 2012

On 9:13 PM by SK Labu Ulu   No comments

Tarikh : 1 Oktober 2012
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Makmal ICT
Projek : 1.Beyond Borders Interschool Project Competition
             2.Beyond Borders Planet Green Interschool Competition
             3.Act It Up Interschool Drama Competition.
Guru yang terlibat : Pn. Zaidah, Pn Easwary, Pn. Salwa, Pn. Hanisah, Cik Nurfaliza dan Pn Nurazlin
Tahniah dan ribuan terima kasih kepada barisan guru Beyond Borders SK Labu Ulu kerana telah menyumbangkan tenaga dan usaha selama 3 tahun program ini berjalan.
Gambar lain klik sini  Beyond Borders Semi Final 2012

Monday, October 1, 2012

On 9:44 PM by SK Labu Ulu   No comments
Latar Belakang

Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).

Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 

Tujuan Utama
Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.


Friday, September 28, 2012

On 8:25 AM by SK Labu Ulu   No comments
Berita baik kepada murid-murid SKLU. Gambar kelas tahun 1 hingga tahun 6 serta Pengawas dan Pustakawan kini boleh diperolehi. Murid-murid boleh membuat pesanan melalui guru kelas masing-masing atau berhubung terus dengan Puan Hanisah.Harap maklum.
Gambar Tahun 1 hingga Tahun 6
Gambar Pengawas & Pustakawan

Monday, September 24, 2012

On 8:44 PM by SK Labu Ulu   No comments
Tahniah kepada pasukan Dikir Arab Sk Labu Ulu kerana telah menjadi juara dalam pertandingan Dikir Arab sempena Majlis Semaian Wahyu Peringkat Seremban 1 yang telah diadakan di SK Batang Benar pada 22 September 2012 lalu. Kepada yang tidak berjaya, usaha lagi

Thursday, September 20, 2012

On 6:49 PM by SK Labu Ulu   No comments
Tarikh: 19 September 2012
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Seri Budi & Padang SKLU
Penyertaan : Murid & Guru
Pertandingan layang-layang yang dijalankan ini merupakan sebahagian daripada Program PrOD yang mana antara matlamat utamanya adalah untuk memupuk sikap kreatif, bekerjasama dan kerja berpasukan di kalangan murid dan juga guru.

Untuk gambar selanjutnya klik sini Pertandingan Layang-Layang 2012
On 6:27 PM by SK Labu Ulu   No comments
Tarikh : 19 September 2012
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi
Antara program yang dijalankan :
Pertandingan pakaian beragam prasekolahh  hingga tahun 6, basikal berhias, pertandingan mewarna, membuat kolaj, kuiz kenegaraan, persembahan lagu patriotik dan banyak lagi.
Diucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang mengambil bahagian.

Gambar selanjutnya klik sini Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan SKLU 2012

Wednesday, September 19, 2012

On 6:58 PM by SK Labu Ulu   No comments

Untuk maklumat lanjut mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah sila klik
Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Monday, September 17, 2012

On 4:40 PM by SK Labu Ulu   No comments

Perhatian kepada murid tahun 6.
Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 15 September 2012 hingga 31 Oktober 2012. Sila berhubung dengan pihak sekolah untuk maklumat lanjut.
Sila klik  http://parents.sekolahmalaysia.com/

Saturday, September 15, 2012

On 8:02 AM by SK Labu Ulu   No comments
"Janji Ditepati Rakyat Sejahtera" 
HARI MALAYSIA
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Penubuhan Malaysia 16 September 1963

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi.

Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.

Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen.

Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia.

Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi.

Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.

Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

Sepanjang Februari-hingga April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan.

Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong kepada penubuhan Malaysia. Sokongan rakyat ini jelas dibuktikan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangas Bersatu. Selain itu, laporan itu juga memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang diterimanya.

Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju menerima hampir semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga menerima laporan Suruhanjaya Cobbold.

Beliau telah membentuk sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang telah dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom).

Kata sepakat telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut telah berlangsung selama 2 minggu. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London.

Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah di peroleh untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963. Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.

Rentetan Peristiwa

27 Mei 1961

Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik


23 Julai 1961

Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.


Ogos 1961

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah


18-20 Disember 1961

Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak


6-7 Januari 1962

Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur


17 Januari 1962

Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha

3-4 Februari 1962

Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia


21 Jun 1962

Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

Julai 1962

Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.


9 Julai 1963

Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.


16 September 1963

Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia

sumber : www.arkib.gov.my

Monday, September 10, 2012

On 4:29 PM by SK Labu Ulu   No comments
Selamat menduduki peperiksaan UPSR 2012 kepada semua murid Tahun 6. Jawab dengan tenang, sentiasa memohon doa dan lakukan yang terbaik. Kami guru-guru SKLU sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Selamat Berjuang......

Usik-Usik....

Friday, September 7, 2012

On 7:03 PM by SK Labu Ulu   No comments
Tarikh : 6 September 2012
Tempat : Dewan Seri Budi
Masa : 4.00 petang
Aturcara : Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Solat Asar berjemaah bersama murid-murid, ibubapa dan guru.
Terima kasih kepada ibubapa yang meluangkan masa untuk hadir dalam program ini. Semoga kita semua mendapat keberkatan daripadanya.

Gambar selanjutnya klik sini Solah Hajat UPSR & UPKK

Thursday, August 30, 2012

On 8:01 PM by SK Labu Ulu   No comments
Erti Kemerdekaan
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.


Sumber : malaysiamerdeka.gov.my

Wednesday, August 29, 2012

On 12:21 AM by SK Labu Ulu   1 comment
Jamuan Hari Raya dan Sambutan Hari Lahir Badan Kebajikan Staf (BKS) SKLU






Gambar Seterusnya Klik Sini BKS : Jamuan Hari Raya dan Sambutan Hari Lahir
On 12:14 AM by SK Labu Ulu   No comments
Tarikh : 29 Ogos 2012
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU
Pakaian : Baju Raya
Gambar Selanjutnya Klik sini 1 Hari Aidilfitri SKLU 2012

Wednesday, August 15, 2012

On 7:48 PM by SK Labu Ulu   No comments
Majlis Khatam Al Quran & Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri SKLU 2012
Tarikh : 15 Ogos 2012
Masa :   9.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU

Diucapkan ribuan terima kasih kepada murid Tahun 6 yang mengambil bahagian dan juga kepada para dermawan sekalian.

Untuk gambar selanjutnya Klik sini Majlis Khatam Al Quran & Sumbangan Hari Raya

Monday, August 13, 2012

On 6:57 PM by SK Labu Ulu   3 comments

Andai tangan tak kuasa berjabat
Setidaknya kata masih dapat terungkap
Setulus hati mengucapkan
Selamat Aidilfitri, Maaf zahir & batin
Redha  Allah dan berkahNya
Menyertai hambanya
Yang saling mengucapkan maaf
Dan memberi maaf
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 H
Kepada semua warga SK Labu Ulu
Maaf Zahir & Batin :)


Sunday, August 12, 2012

On 10:51 PM by SK Labu Ulu   3 comments
Two special children build a beautiful relationship based on genuine care and understanding. On the eve of Hari Raya, these orphans, Ahmad and Fizi embark on a journey and encounter many challenges along the way. Through their perseverance and determination, they overcome all odds to fulfill their obligation of unconditional love.

Agency: Affinity Worldwide
Production: Reservoir Production
Film Director: Hafiz Ibrahim
On 7:34 PM by SK Labu Ulu   No comments


Majlis penyampaian hadiah pembaca buku terbanyak program NILAM telah diadakan sewaktu perhimpunan rasmi pada 13 Ogos 2012 oleh Guru Besar SKLU Pn Noormaah bt Hj Mansor. Murid yang menerima hadiah terdiri daripada murid prasekolah hingga tahun 6. Tahniah diucapkan dan teruskan usaha membaca buku.

Monday, August 6, 2012

On 7:09 PM by SK Labu Ulu   No comments
Pelancaran Bulan Patriotisme Peringkat SKLU oleh Guru Besar SK Labu Ulu Pn Noormaah bt Hj Mansor sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 55.
Tarikh: 6 Ogos 2012
Tempat: Dewan Seri Budi SKLU
Tema hari kemerdekaan pada tahun ini ialah " Janji Ditepati".




Gambar lain klik.. Patriotisme SKLU
55 Tahun Kemerdekaan
Setelah 55 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui. Rakyat menikmati agihan kestabilan politik, kemewahan ekonomi dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus memacu rakyat untuk menjadi bangsa yang moden, beradab dan dihormati. Malaysia harum di pentas dunia sebagai sebuah negara membangun yang maju dan stabil. 

Beberapa mercu tanda seperti projek pengeluaran kereta nasional pertama Proton Saga yang merintis industri permotoran negara, pembinaan Menara Berkembar Kuala Lumpur yang pernah diiktiraf sebagai di Menara Tertinggi Di Dunia, pembinaan Litar Antarabangsa Sepang yang berjaya menaikkan imej negara khususnya dalam penganjuran sukan lumba kereta Formula One selain mengangkat nama Petronas dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang permotoran dan pelbagai lagi mercu tanda dan kejayaan yang dicapai menjadi produk kebanggaan rakyat Malaysia. 

Persediaan menghadapi badai langit terbuka telah dilakukan dengan penubuhan Koridor Raya MultiMedia (Multimedia Super Corridor) agar setanding dengan Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Pencapaian rakyat Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila sekumpulan pendaki berjaya menawan puncak Everest pada 15 Mei 1997, berenang merentasi selat Inggeris pada 3 Ogos 2003, ekspedisi penerjunan di kutub utara pada 2003 dan ekspedisi solo menawan benua Anrtartika pada 2004. Pada 10 Oktober 2007, angkasawan Malaysia yang pertama telah dihantar ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Suara Malaysia didengar di persada antarabangsa apabila suatu ketika, Malaysia mempelopori usaha menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan. Keamanan yang dicapai oleh negara dipohon oleh PBB untuk membawa misi tersebut di negara-negara seperti Congo (1960-1963), Somalia (1993-1994), Bosnia (1993-1998), Kampuchea (1991-1994), Angola (1991) dan Timor Leste (2006). Segala pencapaian cemerlang negara adalah cetusan pemimpin dan aspirasi rakyat yang digembeling bersama untuk menjadi Malaysia benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kini segala usaha yang digarap oleh seluruh lapisan rakyat menjadi hadiah yang amat berharga untuk sambutan 55 Tahun Kemerdekaan Malaysia. Menghadapi alaf baru yang penuh cabaran, rakyat Malaysia seharusnya lebih berwaspada. Biarpun suatu ketika dahulu, rakyat digembar-gemburkan dengan penjajahan bentuk baru melalui pengaruh pemikiran, ekonomi, sosial, adat dan budaya, ternyata, kini, penjajahan ke atas negara lemah dan mundur yang suatu ketika dahulu telah lama ditinggalkan oleh manusia bertamadun, kini kembali semula dalam bentuk dan alasan baru. 

Kita juga dikepung oleh ledakan teknologi komunikasi maklumat dan era globalisasi yang menuntut lebih pengorbanan dan tanggungjawab daripada rakyat untuk terus mempertahankan kemerdekaan sedia ada. Dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan kepada seluruh rakyat menuntut kita supaya lebih peka dengan persekitaran yang berlaku. Justeru, konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan akan menjadi wadah untuk rakyat membangunkan negara dengan penuh keimanan kepada tuhan, berilmu, kehidupan yang harmoni, agihan kekayaan yang adil, bertamadun dan beretika.


Sumber: malaysianmerdeka.gov.my


Sunday, August 5, 2012

On 4:39 PM by SK Labu Ulu   No comments
Nuzul Al-Quran – Peristiwa Penurunan Al-Quran
Nuzul al-Quran merupakan satu peristiwa di mana al-Quran itu diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia secara sekali gus dan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW.
Nuzul Al-Quran  pada 17 Ramadhan yang mana ia merupakan hari di mana Al-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT  seperti yang disebut sebagai Malam Qadar atau Lailatul Qadar. Jangan kita bahawa tibanya hari nuzul Al-Quran bermakna kita akan mendapat cuti. Tetapi kita perlu memberikan penghayatan disebalik peristiwa ini. Seperti yang kita maklum. Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus 30 juzuk  dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan  kepada Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah S.W.T :
“  Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar”.
Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya  adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:
“Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan”
Bila berlakunya dan berapa lama Malam Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh nabi s.a.w. Setengah pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya  menyebut pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan.
Turunnya Al-Quran  bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. sebagaimana dinyatakan oleh nabi :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf”
Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan  panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia adan akhirat.
Allah nyatakan dalam Al-Quran:
” Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran dimana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil”
Manusia yang hanya membaca semata-mata dan tidak mengamalkan peraturannya dalam kehidupannya samalah seperti seorang yang sakit dan mengambil ubat untuk dimakannya tetapi hanya dibaca setiap hari :” Makan tiga kali sehari” tetapi tidak dimakannya maka bagaimana penyakitnya akan sembuh.
Sama juga halnya apabila membaca al-Quran tetapi tidak mengambilnya sebagai peduman maka Al-quran itu sendiri yang akan melaknatnya. Ini dijelaskan dalam hadis nabi s.a.w :
” Berapa banyak orang yang membaca Al-Quran sedangakan Al-quran itu melaknatnya”.
Mereka membaca ayat-ayat yang mengharamkan atau menhalalkan sesuatu. Tetapi sebaliknya dalam kehidupannya mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.
Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-quran,  As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan diakhirat.
Firman Allah s.w.t:
“Jika kamu berselisih tentang apa juga perkara maka kembalikan perselisihan itu kepada Allah (Al-Quran ) dan rasulnya (hadis)”
Nabi berpesan:
” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...