Sunday, October 21, 2012
Sunday, October 14, 2012
On 12:02 AM by SK Labu Ulu No comments
Suasana sedih mengiringi majlis perpisahan seorang guru yang sangat disenangi dan disayangi di SK Labu Ulu iaitu Ustaz Mohd Zuffri bin Abdullah. Selama 13 tahun mencurahkan bakti dan pelbagai kejayaan dicapai di SKLU kini Ustaz Mohd Zuffri bin Abdullah akan meninggalkan SKLU untuk menjalankan tugas baharu sebagai GPK Kokurikulum di SK Dato' Ahmad Manaf, Nilai. Jutaan terima kasih atas sumbangan dan khidmat yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di SKLU.Tahniah atas pelantikan sebagai GPK Kokurikulum.
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi
Dari mana hendak ke mana
Tinggi ruput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?
Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana
Gambar sekitar majlis perpisahan Ustaz Mohd Zuffri b Abdullah klik sini Majlis Perpisahan Ustaz Mohd Zuffri
Monday, October 8, 2012
Wednesday, October 3, 2012
On 9:13 PM by SK Labu Ulu No comments
Tarikh : 1 Oktober 2012
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Makmal ICT
Projek : 1.Beyond Borders Interschool Project Competition
2.Beyond Borders Planet Green Interschool Competition
3.Act It Up Interschool Drama Competition.
Guru yang terlibat : Pn. Zaidah, Pn Easwary, Pn. Salwa, Pn. Hanisah, Cik Nurfaliza dan Pn Nurazlin
Tahniah dan ribuan terima kasih kepada barisan guru Beyond Borders SK Labu Ulu kerana telah menyumbangkan tenaga dan usaha selama 3 tahun program ini berjalan.
Gambar lain klik sini Beyond Borders Semi Final 2012
Monday, October 1, 2012
On 9:44 PM by SK Labu Ulu No comments
Latar Belakang
Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).
Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)
Tujuan Utama
Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.
Subscribe to:
Comments (Atom)
CARIAN
POPULAR
Powered by Blogger.




















