Friday, August 30, 2013

On 6:53 PM by SK Labu Ulu   No comments



Tarikh

29 Ogos 2013
Hari

Khamis
Masa

09.30 Pagi
Tempat Berkumpul

Padang Sekolah
Masa / Aktiviti


09.30 pagi :
·         Kedengaran loceng kecemasan dan siren “hailer” dibunyikan. Latihan kawat kebakaran bermula.  
·         Semua warga sekolah bergegas bergerak ke tempat berkumpul di padang sekolah melalui laluan yang telah ditetapkan.
·          
09.35 – 09.50 pagi :
 Guru kelas mengira jumlah murid kelas masing-masing.

09.50. - 10.15 Pagi :
Ulasan Guru Penolong Kanan HEM: En Khaimin b Sapiri
Penerangan mengenai latihan kecemasan seterusnya iaitu latihan menghadapi penceroboh (orang gila) yang memasuki kawasan sekolah.
Tempo dan bunyi locengnya adalah berbeza dengan latihan kawat kebakaran.
10.15 – 10.30 Pagi :
Murid bergerak ke kelas masing-masing.
Rehat tahap 1
Catatan Masa
3 minit  12 saat
On 10:47 AM by SK Labu Ulu   No comments

56 Tahun Kemerdekaan
Setelah 56 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui. Rakyat menikmati agihan kestabilan politik, kemewahan ekonomi dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus memacu rakyat untuk menjadi bangsa yang moden, beradab dan dihormati. Malaysia harum di pentas dunia sebagai sebuah negara membangun yang maju dan stabil.

Beberapa mercu tanda seperti projek pengeluaran kereta nasional pertama Proton Saga yang merintis industri permotoran negara, pembinaan Menara Berkembar Kuala Lumpur yang pernah diiktiraf sebagai di Menara Tertinggi Di Dunia, pembinaan Litar Antarabangsa Sepang yang berjaya menaikkan imej negara khususnya dalam penganjuran sukan lumba kereta Formula One selain mengangkat nama Petronas dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang permotoran dan pelbagai lagi mercu tanda dan kejayaan yang dicapai menjadi produk kebanggaan rakyat Malaysia.

Persediaan menghadapi badai langit terbuka telah dilakukan dengan penubuhan Koridor Raya MultiMedia (Multimedia Super Corridor) agar setanding dengan Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Pencapaian rakyat Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila sekumpulan pendaki berjaya menawan puncak Everest pada 15 Mei 1997, berenang merentasi selat Inggeris pada 3 Ogos 2003, ekspedisi penerjunan di kutub utara pada 2003 dan ekspedisi solo menawan benua Anrtartika pada 2004. Pada 10 Oktober 2007, angkasawan Malaysia yang pertama telah dihantar ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Suara Malaysia didengar di persada antarabangsa apabila suatu ketika, Malaysia mempelopori usaha menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan. Keamanan yang dicapai oleh negara dipohon oleh PBB untuk membawa misi tersebut di negara-negara seperti Congo (1960-1963), Somalia (1993-1994), Bosnia (1993-1998), Kampuchea (1991-1994), Angola (1991) dan Timor Leste (2006). Segala pencapaian cemerlang negara adalah cetusan pemimpin dan aspirasi rakyat yang digembeling bersama untuk menjadi Malaysia benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kini segala usaha yang digarap oleh seluruh lapisan rakyat menjadi hadiah yang amat berharga untuk sambutan 56 Tahun Kemerdekaan Malaysia. Menghadapi alaf baru yang penuh cabaran, rakyat Malaysia seharusnya lebih berwaspada. Biarpun suatu ketika dahulu, rakyat digembar-gemburkan dengan penjajahan bentuk baru melalui pengaruh pemikiran, ekonomi, sosial, adat dan budaya, ternyata, kini, penjajahan ke atas negara lemah dan mundur yang suatu ketika dahulu telah lama ditinggalkan oleh manusia bertamadun, kini kembali semula dalam bentuk dan alasan baru.

Kita juga dikepung oleh ledakan teknologi komunikasi maklumat dan era globalisasi yang menuntut lebih pengorbanan dan tanggungjawab daripada rakyat untuk terus mempertahankan kemerdekaan sedia ada. Dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan kepada seluruh rakyat menuntut kita supaya lebih peka dengan persekitaran yang berlaku. Justeru, konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan akan menjadi wadah untuk rakyat membangunkan negara dengan penuh keimanan kepada tuhan, berilmu, kehidupan yang harmoni, agihan kekayaan yang adil, bertamadun dan beretika.

Tuesday, August 27, 2013

On 11:42 AM by SK Labu Ulu   No comments

Tarikh : 25 Ogos 2013
Masa : 2.00 petang
Tempat : Restoran Damsyik Seremban
Guru yang diraikan : Lahir bulan Julai, Ogos & September

Sunday, August 25, 2013

On 6:53 AM by SK Labu Ulu   No comments

Tarikh : 21 Ogos 2013
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Seri Perpatih
Pengerusi : Pn Noormaah bt Hj Mansor, Guru Besar SKLU

Monday, August 5, 2013

On 5:37 AM by SK Labu Ulu   No comments
DARIPADA WARGA PENDIDIK & STAF  SK LABU ULU

Saturday, August 3, 2013

On 3:56 AM by SK Labu Ulu   No comments

Tarikh : 2 Ogos 2013
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU
Pengisian majlis :
1. Bacaan Yaasin
2. Khatam Al Quran oleh murid-murid tahun enam yang diketuai oleh Ustaz Mohd Iqbal b Mohd Salleh
3. Penyampaian sumbangan kepada murid tahun enam yang terlibat
4. Penyampaian sumbangan hari raya kepada murid yang kurang berkemampuan dan anak yatim
5. Sesi bersalaman dengan murid dan sesama guru

Ucapan terima kasih kepada para dermawan yang telah telah memberi sumbangan untuk diagih-agihkan kepada murid yang memerlukan. 

Thursday, August 1, 2013

On 6:47 AM by SK Labu Ulu   No comments

Tarikh : 29 Julai 2013
Masa : 7.45 pagi
Temapat : Tapak Perhimpunan SKLU
Penceramah : KPL 133103 Mohd Fazil bin Abu Hanifah, Pegawai Perhubungan Balai Polis Labu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...