Tuesday, February 25, 2014
On 1:09 AM by SK Labu Ulu in PSS SKLU No comments
Tarikh : 24 Februari 2014
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Seri budi
Perasmian oleh : Tn Haji Kamaruzaman bin Haji Hussin; Guru Besar SK Labu Ulu
Aktiviti :
1.Pelancaran rasmi Program Nilam Peringkat SKLU
2.Persembahan koir lagu NILAM
3.Persembahan seloka oleh murid lelaki Tahun 6 Bestari
4.Kuiz berkaitan NILAM
5.Penyampaian hadiah NILAM
6.Penyampaian buku bacaan NILAM kepada setiap kelas
On 12:58 AM by SK Labu Ulu in PIBG No comments
Tarikh : 22 Februari 2014
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU
Tetamu & Perasmi : YB Dato' Hj. Hasim bin Rusdi
Exco Kerajaan Negeri Merangkap ADUN Labu
Aturcara :
1. Pendaftaran ibubapa / penjaga
2. Bacaan doa & nyanyian lagu Negaraku
3. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 40 bermula
4. Perasmian oleh YB Dato' Hj. Hasim bin Rusdi
5. Penyampaian anugerah pencapaian UPSR & UPKK 2013
6. Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2012/2013 dan pemilihan serta pelantikan jawatankuasa baharu bagi sesi 2014/2015.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada mantan YDP PIBG Ustaz Mohd Zuffri bin Abdullah atas sumbangan bakti beliau sepanjang menerajui PIBG SKLU. Manakala ucapan tahniah kepada YDP PIBG SKLU yang baharu iaitu Encik Saizul Sofian bin Hj Musa dan NYDP PIBG yang baharu iaitu Encik Fauzi bin MD Saad. Begitu juga kepada ahli-ahli jawatankuasa yang baharu dilantik daripada kalangan ibubapa dan guru. Semoga PIBG SKLU akan terus cemerlang di masa hadapan.
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU
Tetamu & Perasmi : YB Dato' Hj. Hasim bin Rusdi
Exco Kerajaan Negeri Merangkap ADUN Labu
Aturcara :
1. Pendaftaran ibubapa / penjaga
2. Bacaan doa & nyanyian lagu Negaraku
3. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 40 bermula
4. Perasmian oleh YB Dato' Hj. Hasim bin Rusdi
5. Penyampaian anugerah pencapaian UPSR & UPKK 2013
6. Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2012/2013 dan pemilihan serta pelantikan jawatankuasa baharu bagi sesi 2014/2015.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada mantan YDP PIBG Ustaz Mohd Zuffri bin Abdullah atas sumbangan bakti beliau sepanjang menerajui PIBG SKLU. Manakala ucapan tahniah kepada YDP PIBG SKLU yang baharu iaitu Encik Saizul Sofian bin Hj Musa dan NYDP PIBG yang baharu iaitu Encik Fauzi bin MD Saad. Begitu juga kepada ahli-ahli jawatankuasa yang baharu dilantik daripada kalangan ibubapa dan guru. Semoga PIBG SKLU akan terus cemerlang di masa hadapan.
Monday, February 24, 2014
On 5:54 AM by SK Labu Ulu in PBS No comments
Sunday, February 23, 2014
Wednesday, February 12, 2014
On 5:33 AM by SK Labu Ulu in HEM No comments
Tarikh: 10 Februari 2014
Masa: 7.45 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKLU
Aktiviti:
1.Sesi penerangan bahaya Nyamuk Aedes dan Demam Denggi oleh Puan Nik Huzaimiana binti Nik Ismail
2.Kuiz terbuka tahap 1 dan tahap 2
3.Penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz oleh
Guru Besar SKLU; Tn Haji Kamaruzaman bin Haji Hussin
Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.
Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.
Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.
Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.
JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGI
Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:
a. Demam denggi klasikal.
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'.
b. Demam denggi berdarah.
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.
AGEN PENYEBAB PENYAKIT DENGGI
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja.
Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk Aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.
PEMBAWA AGEN PENYAKIT DENGGI
Nyamuk Aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada 1 gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2-4 mg darah iaitu 1.5 kali berat badannya.Nyamuk Aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat 2 jenis nyamuk Aedes yang membawa virus denggi iaitu:
1. Aedes aegypti
Ciri-ciri: Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala.
2. Aedes albopictus
Ciri-ciri: garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan.
Nyamuk Aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.
Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat yang boleh air bertakung.
Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.
CARA JANGKITAN
Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama 8-10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk Aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.
Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersdebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil 'Penularan Mekanikal'.
Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari dimana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya.
Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.
Bacaan lanjut sila lawati Fakta-Fakta Penyakit Demam Denggi
Saturday, February 8, 2014
On 6:25 PM by SK Labu Ulu in UMUM No comments
Pelancaran Buku Teks Digital KPM telah berjaya dirasmikan oleh YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan II pada 7 Februari 2014 di Petaling Jaya. Ketika pelancaran, terdapat 313 judul buku teks yang boleh diakses oleh murid-murid, guru-guru dan ibubapa di laman 1BestariNet.net .
Bahagian Buku Teks merupakan bahagian di dalam KPM yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan transformasi buku teks yang merangkumi tiga gelombang.
Bahagian Buku Teks merupakan bahagian di dalam KPM yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan transformasi buku teks yang merangkumi tiga gelombang.
Tuesday, February 4, 2014
On 1:14 AM by SK Labu Ulu in HEM No comments
Tarikh : 3 Februari 2014
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKLU
Perasmi : Tn Hj Kamaruzaman Bin Hj Hussin, Guru Besar SKLU
Pengacara Majlis : Pn Masita Bt AB Latif
Aturcara :
1.Perasmian oleh Guru Besar SKLu
2.Bacaan Ikrar Pelajar yang diketuai oleh Ketua Murid SKLU Nur Imran Bin Juhari
3.Taklimat program oleh En Khaimin Bin Sapiri, GPK HEM SKLU
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKLU
Perasmi : Tn Hj Kamaruzaman Bin Hj Hussin, Guru Besar SKLU
Pengacara Majlis : Pn Masita Bt AB Latif
Aturcara :
1.Perasmian oleh Guru Besar SKLu
2.Bacaan Ikrar Pelajar yang diketuai oleh Ketua Murid SKLU Nur Imran Bin Juhari
3.Taklimat program oleh En Khaimin Bin Sapiri, GPK HEM SKLU
Saturday, February 1, 2014
On 6:29 PM by SK Labu Ulu in UMUM No comments
Sila muat turun garis panduan pemakaian baju korporat KPM di bawah.
Subscribe to:
Comments (Atom)
CARIAN
POPULAR
Powered by Blogger.






2.jpg)

















