Friday, March 28, 2014

On 3:03 AM by SK Labu Ulu in    No comments
26 March 2014

URUSAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG29, DG32, DG34 DAN DG38 YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN KE GRED DG42 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

Sukacita dimaklumkan bahawa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan ke Gred DG42. Mana-mana pegawai yang berminat hendaklah tersebut hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Ketua Jabatan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) di KPM bagi tujuan kenaikan pangkat tersebut.

Perlu diingatkan bahawa kenaikan pangkat oleh LKPPP ke Gred DG42 dan urusan lantikan ke DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) adalah dua urusan yang berlainan. Mana-mana pegawai yang berminat bagi memohon bagi urusan kenaikan pangkat ke Gred DG42 tetapi pernah memohon ke SPP bagi urusan lantikan ke Gred DG41 perlu mengemukakan permohonan yang berasingan.

Sebarang permohonan perlu dikemukakan menerusi JPN / Bahagian masing-masing. Sebarang permohonan yang tidak dibuat menerusi JPN / Bahagian tidak akan diproses.

Keterangan lanjut sila rujuk pada lampiran Surat Makluman Kenaikan Pangkat ke DG42

Sekian.
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
On 2:51 AM by SK Labu Ulu in    No comments

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi program skim Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) di peringkat sarjana dan kedoktoran telah dibuka untuk permohonan mulai 26 Mac 2014 – 25 April 2014.  Kepada warga Kementerian yang berminat dan berkelayakan, anda boleh memohon secara atas talian di portal rasmi KPM atau di pautan ini.

Thursday, March 20, 2014

On 7:23 AM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh: 19 Mac 2014
Masa: 12.00 t/hari
Tempat: Dewan Seri Budi
Peserta: Murid Tahun 1 hingga 3
Aktiviti:
1.Sesi penerangan tentang mandi dan menjaga kebersihan diri.
2.Nyanyian dan gerakan
3.Penyampaian cenderahati dan hadiah

Terima kasih diucapkan kepada pihak Carrie Junior.


Monday, March 17, 2014

On 10:17 PM by SK Labu Ulu in    No comments
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.

PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).

Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.

Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah  pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah  pada sesi persekolahan tahun 2012.

Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.

Ini adalah kerana guru-guru  menyatakan bahawa mereka  dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.

Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS.

Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru  untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Isu-isu pelaksanaan PBS

Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama  berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.

Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.

Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.

Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.

Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.

Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.


Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.


 Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.   

Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.

Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study). 

Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.

Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.

Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid.

 *Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.

Sunday, March 16, 2014

On 5:24 AM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh: 14 Mac 2014
Masa: 9.50 pagi
Tempat Berkumpul: Padang SKLU
Masa Pergerakan Ke Tempat Berkumpul: 2 Minit 08 Saat



On 1:58 AM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh: 14 Mac 2014
Masa: 7.45 pagi
Tempat: Dewan Seri Budi SKLU
Aturcara:
1.Bacaan Yasin
2.Solat hajat khas:
-Mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.
-Memohon dipermudahkan segala usaha mencari dan menyelamat oleh pasukan yang terlibat
-Memohon kepada Allah agar cuaca kering dan kemarau yang melanda sekarang akan berakhir.




Thursday, March 13, 2014

On 5:50 AM by SK Labu Ulu in    No comments

Wednesday, March 12, 2014

On 1:50 AM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh: 11 Mac 2014
Masa: 1.00 ptg
Tempat: Kelas 1 Pintar
Guru yang diraikan: Guru yang lahir Januari hingga Mac.
SELAMAT HARI LAHIR SEMOGA SIHAT DAN CERIA SELALU

Monday, March 10, 2014

On 1:32 AM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh: 7 Mac (Jumaat) hingga 8 Mac 2014 (Sabtu)
Masa: 2.00 petang (Jumaat) hingga 5.00 petang (Sabtu)
Tempat: Tanjung Biru, Port Dickson, Negeri Sembilan
Fasilitator: Guru Penasihat Badan Pengawas SKLU, JK PSS dan 
                 Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Labu Ulu.
Fasilitator Jemputan: YDP PIBG SKLU Encik Saizul Sofian bin Hj Musa.
Penceramah Jemputan : Pn Norhalimahtun binti Abdul Bar
Bilangan Peserta : 80 orang murid
Bilangan Guru : 8 orang
Kem Komandan: Ustaz Mustafa Kamal bin Hasan

Modul: Sekolah
1.Menanam kesedaran positif untuk kemajuan diri, sekolah, bangsa dan negara.
2.Menanam kesedaran dan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
3.Kesedaran pentingnya masa kepada diri sendiri sebagai pemimpin pelajar dan rakyat Malaysia.
4.Bidang tugas pemimpin pelajar sekolah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...