Friday, September 23, 2016

On 7:58 AM by SK Labu Ulu in    No comments
TARIKH : 22 SEPTEMBER 2016
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SERI BUDI
FASILITATOR : GRUP SAYANGI PERPUSTAKAAN PPANS

PENGENALAN
Bermula pada bulan April 2011, Grup Sayangi Perpustakaan telah ditubuhkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Program Sayangi Perpustakaan telah menjelajah ke sekolah-sekolah dengan visi untuk menerapkan budaya suka membaca dan meningkatkan amalan budaya membaca masyarakat terutamanya generasi muda.

Program Sayangi Perpustakaan ke sekolah-sekolah adalah di bawah pengurusan Unit Perhubungan Awam dan mendapat kerjasama daripada Unit Pelanggan Daerah seluruh Negeri Sembilan.Pada tahun 2013, Program Sayangi Perpustakaan mensasarkan untuk mengadakan program ke sekolah menengah, sekolah rendah dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau Kelas Pendidikan Khas.Bagi tahun 2011 dan 2012, kerjasama yang amat baik diberikan oleh semua Pegawai Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar sekolah yang GSP kunjungi.

Pada tahun 2011, GSP hanya mensasarkan sebanyak 10 buah sekolah rendah sahaja, namun pada penghunjung tahun jumlah sebenar sekolah yang dikunjungi adalah sebanyak 15 buah sekolah.Manakala pada tahun 2012, GSP telah meningkatkan sasaran kepada 15 buah sekolah Sekolah Menengah dan Rendah, namun sambutan yang menggalakkan dari pihak sekolah, jumlah sekolah yang dikunjungi oleh GSP sehingga 7 November 2012 adalah sebanyak 24 buah sekolah.

OBJEKTIF
1.Memberi penjelasan mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan berhampiran.
2.Menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah
3.Memberi kesedaran bahawa membaca adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan ini.

PELAKSANAAN PROGRAM
Program Sayangi Perpustakaan ke sekolah-sekolah mempunyai 4 modul utama yang dilaksanakan, iaitu:
1.Taklimat Perkhidmatan PPANS & Kuiz Inforia
2.Ceramah Pengurusan Asas Pusat Sumber
3.Uji Minda, permainan interaktif  dan Persembahan Boneka
4.Sumbangan bahan bacaan kepada Pusat Sumber Sekolah

RASIONAL
1.Program Sayangi Perpustakaan ke sekolah-sekolah adalah usaha untuk mempromosikan dan mendekatkan perpustakaan kepada pelajar-pelajar sekolah.
2.Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan tahap pembacaan pelajar sekolah
3.Promosi ke sekolah-sekolah akan membantu meningkatkan keahlian perpustakaan
4.Selain membaca sambil bergembira, para pelajar juga akan mendapat ilmu pengetahuan melalui bengkel dan panduan yang diberikan sepanjang program.



On 7:51 AM by SK Labu Ulu in    No comments
TARIKH : 21 SEPTEMBER 2016
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERI BUDI
AKTIVITI :
1. PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MELUKIS POSTER & KOLAJ
2. PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM
3. NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK .

Saturday, September 10, 2016

On 7:47 PM by SK Labu Ulu in    No comments
Tahniah kepada pasukan taekwando SK Labu Ulu kerana telah berjaya memperoleh 3 pingat emas dan 4 pingat perak dalam penyertaan NILAI UNIVERSITY INVITATIONAL TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2016 ( Junior Category ) yang telah diadakan pada 3 September 2016 bertempat di Nilai University, Nilai, Negeri Sembilan.

Sunday, September 4, 2016

On 9:40 PM by SK Labu Ulu in    No comments

SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN

  1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.
  2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat “SAYA BOLEH LAKUKAN!”
  3. sediakan segala peralatan untuk menulis (pensil 2B siap diraut tajam – 2 batang, pemadam – 2 butir, peraut pensil – 1 & pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali, pembaris – 1 batang pendek & sebatang lagi yang panjang, pen – 2 batang, warna kayu – satu set & set geometri – jika perlu.dan lain-lain.
  4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
  5. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN

  1. Bangun awal.
  2. Sembahyang Tahajud, Subuh , Hajat
  3. Bersiap sedia ke sekolah
  4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat. Takut nanti, anda sakit perut atau merasa tidak selesa semasa berada dalam dewan peperiksaan.
  5. Pastikan anda membawa:  Semua peralatan untuk menulis yang telah anda sediakan semalam & Surat lahir / kad pengenalan & Slip angka giliran anda.
  6. Sebelum bersalaman dengan ibu bapa, lakukan perkara2 berikut:- Baca Surah Al-Fatihah – 3X & Takbir – 7X  & Selawat Ke atas Nabi Muhammad S.A.W – 3X
  7. Salam & cium tangam ibu bapa.
  8. Langkah kanan bila keluar rumah dan jangan toleh belakang.
  9. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa. – Ini bertujuan untuk mencipta suasana tenang. Tergesa-gesa akan mencetuskan perasaan panik.
BILA TIBA DI SEKOLAH
  1. Sampai je di sekolah, duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tip-tip penting dan rumusan.
  2. Tarik nafas dalam2 dan releks.
DALAM DEWAN PEERIKSAAN

  1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakal. Yakin dengan usaha anda selama ini.
  2. Baca :- Doa Penerang hati
  3. Sebelum buka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab.
  4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang anda terlupa,jangan panik. Berselawatlah ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.., insya’Allah boleh ingat semula.
SELEPAS PEPERIKSAAN

Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan 
"JANGAN BINCANG KERTAS SOALAN ATAU JAWAPAN DENGAN SESIAPA PUN SEHINGGALAH HARI PEPERIKSAAN BERAKHIR".

Terima kasih sumber: PB sktamanSenangan.edu.my

On 6:22 AM by SK Labu Ulu in    No comments


Friday, September 2, 2016

On 7:30 PM by SK Labu Ulu in    No comments
TARIKH : 01 SEPTEMER 2016 / 29 ZULKAEDAH 1437H
MASA : 6.30 PETANG
TEMPAT : MASJID KG. TENGAH  BT.8, LABU
ANJURAN : PIBG SKLU & SK LABU ULU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...