Monday, September 30, 2013

On 8:39 PM by SK Labu Ulu   No comments

Tarikh : 1 Oktober 2013
Hari : Selasa
Masa : 8.10 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU
No. Siri : N46656 hingga N46705

Sunday, September 29, 2013

On 12:27 AM by SK Labu Ulu   No comments

Tarikh : 21 September 2013
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU
Penceramah : Encik Hamidon bin Abd Samad (Don A Samad)
                      daripada Persatuan Amalan Hidup Sihat Laman Nurani Malaysia

Saturday, September 28, 2013

On 10:54 PM by SK Labu Ulu   No comments
Tarikh : 28 September 2013
Masa: 8.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SK Labu Ulu & Dewan Lestari SMAP Labu (acara nasyid)
Perasmian Penutup : Tuan Mohd Wazir bin Hamzah, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNS

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Ihtifar Semaian Wahyu di SK Labu Ulu pada kali ini terutama kepada jawatankuasa pengelola dan seluruh warga SKLU, PIBG, para penyumbang dan sekolah-sekolah yang telah mengambil bahagian. Kepada sekolah yang menang syabas dan tahniah diucapkan manakala yang tidak berjaya usaha lagi tahun hadapan :)

Keputusan penuh :


NASYID (L)
NASYID (P)
JOHAN
SRAR DARUL RAUDAHAH
SK WAWASAN
N JOHAN
SK LABU ULU
SK LABU ULU
KETIGA
SK WAWASAN
SRAR DARUL RAUDAHAH




KUIZ TAHAP 1
KUIZ TAHAP 2
JOHAN
SK PUTERI
SK SIKAMAT
N JOHAN
SRAR DARUL RAUDAHAH
SK WAWASAN
KETIGA
SK TEMIANG
SK SENDAYAN




TILAWAH TAHAP 1 (L)
TILAWAH TAHAP 1 (P)
JOHAN
SK SEREMBAN 2A
SK SIKAMAT
N JOHAN
SK LABU BT.10
SK LB JOHNSON
KETIGA
SK LB JOHNSON
SK DB ABU BAKAR




TILAWAH TAHAP 2 (L)
TILAWAH TAHAP 2 (P)
JOHAN
SK SIKAMAT
SK DB ABU BAKAR
N JOHAN
SK TMN WARISAN PUTERI
SK LB JOHNSON
KETIGA
SRAR TMN DESA PERMAI
SK LABU ULU




SYARAHAN (L)
SYARAHAN (P)
JOHAN
SK DB ABU BAKAR
SK DB ABU BAKAR
N JOHAN
SK LABU ULU
SK LABU ULU
KETIGA
SK WAWASAN
SK WAWASAN




DIKIR ARAB
JOHAN
SK LB JOHNSON
N JOHAN
SK LABU ULU
KETIGA
SK SIKAMAT




KALAM JAMA’IE
JOHAN
SK PUTERI
N JOHAN
SK GADONG JAYA
KETIGA
SK LB JOHNSON



Sunday, September 22, 2013

On 6:28 PM by SK Labu Ulu   No comments
Tarikh : 18 September 2013
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SK Senawang 3
Aktiviti yang disertai :
1.Membina dan menyusun perkataan
2.Mewarna

Thursday, September 19, 2013

On 6:34 PM by SK Labu Ulu   No comments

Tarikh : 17 September 2013
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU
Aktiviti :
1.Nyanyian lagu-lagu petriotik
2.Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan
3.Acara simbolik melepaskan 2 ekor Burung Merpati terbang bebas

Sunday, September 15, 2013

On 10:50 AM by SK Labu Ulu   No comments

Penubuhan Malaysia
Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di depan Persatuan Wartawan Asing di sebuah hotel di Singapura pada 27 Mei 1961, menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Sarawak, dan Sabah. Antara lain, ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri.

Untuk memberikan kebebasan dan keadilan kepada semua pihak, pada 17 Januari 1962 sebuah suruhanjaya yang akan meninjau pandangan penduduk negeri-negeri tersebut telah diumumkan dan dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya itu dianggotai oleh 5 orang ahli, dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir David Watherston, sementara wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

Sepanjang Februari-April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada parti-pati politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Secara keseluruhan, lebih lapan puluh peratus bersetuju dengan gagasan tersebut dan pada 21 Jun 1962, laporan tersebut telah diserahkan kepada kerajaan British.


Kata sepakat telah dicapai antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut berlangsung selama 2 minggu. Pada 9 Julai 1963, satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kerajaan British telah diwakili oleh Perdana Menteri Encik Harold Macmillan, Encik Ducan Sandys dan Lord Landsdowne.

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula telah diwakili oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Encik Tan Siew Sin, Datuk V.T. Sambanthan, Datuk Ong Yoke Lin dan Dr. Lim Swee Aun. Sabah pula telah diwakili oleh Datuk Mustapha bin Datuk Harun, Encik Donald A. Stephen, Encik W.K.H. Jones, Encik Khoo Siak Chiew, Encik W.S. Holley dan Encik G.D. Sundang. Wakil-wakil dari negeri Sarawak pula terdiri daripada Encik P.E.H. Pike, Temenggung Jugah, Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, Encik Ling Beng Siew dan Datuk Abang Haji Openg. Sementara Singapura telah diwakili oleh Encik Lee Kuan Yew dan Encik Goh Keng Swee. Kedua-dua negara bersetuju mengeluarkan kenyataan bersama pada 12hb Julai 1963 iaitu Kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura kepada Kerajaan Malaysia dan Malaysia akan wujud pada 31hb Ogos, 1963.

Ketika ura-ura pembentukan Malaysia menjadi kenyataan, Filipina dan Indonesia menentang keras gagasan tersebut. Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayahnya manakala Indonesia yang mempunyai perancangan mewujudkan Indonesia Raya telah cuba menggagalkan usaha tersebut dengan lebih keras lagi dengan mengisytiharkan Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Tentera Indonesia dihantar menyusup sempadan Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak serta Johor.

Cabaran getir yang dihadapi ini tidak mematahkan semangat pemimpin dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah untuk melihat satu negara bersatu. Walaupun perancangan sebenar pengisytiharan akan dibuat pada 31 Ogos 1963, majlis tersebut terpaksa ditangguhkan. Lawrance Michelmore selaku wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi mengadakan tinjuan pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak. Pada 14 September 1963, laporan telah dikeluarkan yang mengesahkan majoroti penduduk negeri tersebut menyokong penyertaaan dalam Persekutuan Tanah Melayu. Justeru, pada 16 September 1963, gagasan tersebut telah menjadi kenyataan dan lahirlah sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malaysia.

Pengisytiharan tersebut dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Upacara membaca deklarasi penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, dan Sabah. Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negeri yang baru di dalam Persekutuan Malaysia iaitu En. Lee Kuan Yew, En. Donald Stephens dan En. Stephen Kalong Ningkan. Bagaimanapun, penyertaan Singapura hanya mampu bertahan selama dua tahun apabila terpaksa berpisah pada 1965.

Thursday, September 12, 2013

On 6:40 PM by SK Labu Ulu   No comments

Tarikh : 11 September 2013
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Seri Perpatih
Tajuk LDP : Komunikasi Berkesan
Penceramah : Tn Hj Abd Rahim b Bahaman, Penolong Pengarah Nazir N. Sembilan
Komunikasi bermaksud proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seseorang kepada yang lain. Komunikasi berkesan adalah komunikasi yang berlaku dalam keadaan-keadaan berikut :-

Komunikasi Berkesan
Komunikasi bermaksud proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seseorang kepada yang lain. Komunikasi berkesan adalah komunikasi yang berlaku dalam keadaan-keadaan berikut :-
  • Mesej yang disampaikan difahami dengan tetap dan jelas oleh penerima.
  • Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima.
  • Perubahan yang berlaku akibat daripada mesej seperti perubahan yang dikehendaki oleh penghantar.
  • Mesej yang mempunyai unsur kos-efektif.
Elemen Dalam Proses Komunikasi
    Kegagalan dalam komunikasi kerana kurangnya perhatian kepada elemen-elemen yang menyebabkan sesuatu komunikasi itu berjaya. 7 elemen dipercayai mempengaruhi keberkesanan komunikasi sebagaimana berikut :-

    • Penghantar – Orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan.
    • Mesej – Makluamt, idea atau pandangan yang datangnya dari minda penghantar dan cuba disampaikan kepada pihak lain.
    • Enkod – Mesej diterjemah dalam bentuk yang difahami pihak lain menggunakan perkataan, bahasa atau simbol.
    • Saluran - Mesej disalurkan kepada penerima melalui lisan, fizikal atau visual.
    • Penerima – Pihak yang menjadi sasaran mesej.
    • Dekod - Mesej diterima dan diterjemahkan oleh penerima dan difahami.
    • Maklumbalas – Tindakbalas terhadap mesej oleh penerima.
    • Gangguan – Perkara yang menggangu atau menghalang keberkesanan komunikasi.
    • Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dalam memastikan elemen-elemen dalam proses komunikasi yang berkesan :-


    Penghantar

    Penghantar jelas tentang mesej yang hendak disampaikan.
    Meneliti dengan baik mesej sebelum disampaikan.
    Yakin dengan mesej.
    Pasti dengan kepentingan mesej.
    Dapatkan perhatian penerima.
    Hantar mesej pada waktu yang sesuai.
    Sensitif kepada maklumbalas pihak lain.
    Kenalpasti gangguan sebelum atau semasa mesej disalurkan.
    Kurangkan gangguan yang dikenalpasti

    Mesej & Enkod

    Enkod berperanan sebagai mengambarkan mesej yang disampaikan untuk difahami.

    Pilih perkataan, simbol, isyarat atau ayat yang mudah ditafsir dan tetap.
    Memberi gambaran jelas pada maksud mesej.
    Gunakan bahasa atau isyarat yang difahami oleh penerima.
    Ringkas dan padat sesuai dengan maksud.
    Mesej hendaklah lengkap supaya dapat difahami dengan jelas gambaran keseluruhan.

    Saluran

    Ambilkira kepentingan mesej sama ada perlu segera atau tidak.
    Keperluan menerangkan mesej dengan jelas melalui lisan.
    Gunakan saluran yang boleh diterjemah, difahami, diingati atau disimpan mesej dengan baik.
    Tentukan saluran terlebih dahulu bagi mengelakkan mesej tidak difahami atau hilang.
    Kepentingan sama ada untuk didokumenkan atau tidak untuk rujukan kemudian.

    Penerima & Dekod

    Menerima mesej dengan fikiran terbuka.
    Cuba memahami dengan jelas mesej yang dihantar.
    Menggunakan proses maklumbalas apabila perlu untuk mengesahkan kefahaman anda mengenai mesej.
    Menerima dan memahami keseluruhan mesej sebelum memberi tafsiran
    Kenalpasti halangan penerima mesej dan meminimumkan halangan.

    Maklumbalas

    Mengemukakan soalan-soalan sama ada daripada penghantar atau penerima.
    Reaksi-reaksi bukan lisan yang kelihatan
    Mohon ulangan jika gagal menafsir atau memahami dengan tetap.
    Ringkasan mesej bagi mencepatkan tindakbalas penerima.

    Gangguan

    Kurang persediaan penghantar menyebabkan mesej kurang jelas dan sukar ditafsir.
    Penghantar dan penerima tidak dapat mengenalpasti atau memisahkan antara pemerhatian, sangkaan atau mesej sebenar.
    Permilihan enkod yang tidak tetap dan terlalu umum akan menyebabkan salah tafsir.
    Tahap kefahaman berbeza antara penghantar dan penerima menyebabkan tempoh sesuatu mesej difahami.
    Mempunyai prasangka awal menyebabkan enkod ditafsir tidak tepat.
    Tidak memberi maklumbalas dengan baik.
    Keadaan sekitar yang tidak sesuai.
    Latarbelakang berbeza membentuk sikap penghantar atau penerima.

    Sunday, September 8, 2013

    On 11:20 AM by SK Labu Ulu   No comments

    On 3:29 AM by SK Labu Ulu   No comments
    Tarikh : 5 September 2013
    Masa : 3.30 petang
    Tempat : Dewan Seri Budi
    Pengisian majlis :
    1.Penyampaian sumbangan
    2.Bacaan Yaasin
    3.Doa selamat
    4.Solat Hajat berjemaah
    5.Solat Asar berjemaah

    Jutaan terima kasih kepada para ibu bapa / penjaga dan guru yang  hadir pada majlis petang tersebut. Semoga dengan usaha dan ikhtiar ini akan mendapat keberkatan daripada Allah swt.

    Sunday, September 1, 2013

    On 3:45 AM by SK Labu Ulu   No comments

    Tarikh : 28 Ogos 2013
    Masa : 10.30 pagi
    Tempat : Dewan Seri Budi
    Jemputan : Para ibu bapa / penjaga murid-murid SKLU
    Aktiviti :
    1.Membuat persiapan memasak dan gotong royong memasak hidangan bersama penduduk kampung berdekatan.
    2.Ceramah kemerdekaan
    3.Ucapanguru besar SKLU dan pengerusi PIBG.
    4.Persembahan lagu-lagu hari raya dan patriotik
    5.Jamuan murid-murid dan guru bersama penduduk kampung.

    Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada ahli jawatankuasa PIBG , orang kampung dan guru-guru yang telah menyumbangkan tenaga serta material sehingga kenduri ini berjaya dilaksanakan dengan meriah sekali.




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...