Thursday, September 12, 2013

On 6:40 PM by SK Labu Ulu   No comments

Tarikh : 11 September 2013
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Seri Perpatih
Tajuk LDP : Komunikasi Berkesan
Penceramah : Tn Hj Abd Rahim b Bahaman, Penolong Pengarah Nazir N. Sembilan
Komunikasi bermaksud proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seseorang kepada yang lain. Komunikasi berkesan adalah komunikasi yang berlaku dalam keadaan-keadaan berikut :-

Komunikasi Berkesan
Komunikasi bermaksud proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seseorang kepada yang lain. Komunikasi berkesan adalah komunikasi yang berlaku dalam keadaan-keadaan berikut :-
  • Mesej yang disampaikan difahami dengan tetap dan jelas oleh penerima.
  • Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima.
  • Perubahan yang berlaku akibat daripada mesej seperti perubahan yang dikehendaki oleh penghantar.
  • Mesej yang mempunyai unsur kos-efektif.
Elemen Dalam Proses Komunikasi
    Kegagalan dalam komunikasi kerana kurangnya perhatian kepada elemen-elemen yang menyebabkan sesuatu komunikasi itu berjaya. 7 elemen dipercayai mempengaruhi keberkesanan komunikasi sebagaimana berikut :-

    • Penghantar – Orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan.
    • Mesej – Makluamt, idea atau pandangan yang datangnya dari minda penghantar dan cuba disampaikan kepada pihak lain.
    • Enkod – Mesej diterjemah dalam bentuk yang difahami pihak lain menggunakan perkataan, bahasa atau simbol.
    • Saluran - Mesej disalurkan kepada penerima melalui lisan, fizikal atau visual.
    • Penerima – Pihak yang menjadi sasaran mesej.
    • Dekod - Mesej diterima dan diterjemahkan oleh penerima dan difahami.
    • Maklumbalas – Tindakbalas terhadap mesej oleh penerima.
    • Gangguan – Perkara yang menggangu atau menghalang keberkesanan komunikasi.
    • Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dalam memastikan elemen-elemen dalam proses komunikasi yang berkesan :-


    Penghantar

    Penghantar jelas tentang mesej yang hendak disampaikan.
    Meneliti dengan baik mesej sebelum disampaikan.
    Yakin dengan mesej.
    Pasti dengan kepentingan mesej.
    Dapatkan perhatian penerima.
    Hantar mesej pada waktu yang sesuai.
    Sensitif kepada maklumbalas pihak lain.
    Kenalpasti gangguan sebelum atau semasa mesej disalurkan.
    Kurangkan gangguan yang dikenalpasti

    Mesej & Enkod

    Enkod berperanan sebagai mengambarkan mesej yang disampaikan untuk difahami.

    Pilih perkataan, simbol, isyarat atau ayat yang mudah ditafsir dan tetap.
    Memberi gambaran jelas pada maksud mesej.
    Gunakan bahasa atau isyarat yang difahami oleh penerima.
    Ringkas dan padat sesuai dengan maksud.
    Mesej hendaklah lengkap supaya dapat difahami dengan jelas gambaran keseluruhan.

    Saluran

    Ambilkira kepentingan mesej sama ada perlu segera atau tidak.
    Keperluan menerangkan mesej dengan jelas melalui lisan.
    Gunakan saluran yang boleh diterjemah, difahami, diingati atau disimpan mesej dengan baik.
    Tentukan saluran terlebih dahulu bagi mengelakkan mesej tidak difahami atau hilang.
    Kepentingan sama ada untuk didokumenkan atau tidak untuk rujukan kemudian.

    Penerima & Dekod

    Menerima mesej dengan fikiran terbuka.
    Cuba memahami dengan jelas mesej yang dihantar.
    Menggunakan proses maklumbalas apabila perlu untuk mengesahkan kefahaman anda mengenai mesej.
    Menerima dan memahami keseluruhan mesej sebelum memberi tafsiran
    Kenalpasti halangan penerima mesej dan meminimumkan halangan.

    Maklumbalas

    Mengemukakan soalan-soalan sama ada daripada penghantar atau penerima.
    Reaksi-reaksi bukan lisan yang kelihatan
    Mohon ulangan jika gagal menafsir atau memahami dengan tetap.
    Ringkasan mesej bagi mencepatkan tindakbalas penerima.

    Gangguan

    Kurang persediaan penghantar menyebabkan mesej kurang jelas dan sukar ditafsir.
    Penghantar dan penerima tidak dapat mengenalpasti atau memisahkan antara pemerhatian, sangkaan atau mesej sebenar.
    Permilihan enkod yang tidak tetap dan terlalu umum akan menyebabkan salah tafsir.
    Tahap kefahaman berbeza antara penghantar dan penerima menyebabkan tempoh sesuatu mesej difahami.
    Mempunyai prasangka awal menyebabkan enkod ditafsir tidak tepat.
    Tidak memberi maklumbalas dengan baik.
    Keadaan sekitar yang tidak sesuai.
    Latarbelakang berbeza membentuk sikap penghantar atau penerima.

    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...