Monday, October 28, 2013

On 6:00 AM by SK Labu Ulu   1 comment
Tarikh : 28 Oktober 2013
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU
Tempoh Pelaksanaan KM1M : 28, 29 & 30 Oktober 2013
Persami Pelancaran : Guru Besar SKLU, Pn Noormaah bt Haji Mansor

Pengenalan :
Program Kem Membaca 1 Malaysia merupakan satu program yang diurus selia oleh Bahagain Teknologi Pendidikan dan READ 2013 anjuran Scholastic Malaysia. Program ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan sebagai pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.

Matlamat :
Matlamat utama Kem Membaca 1 Malaysia dan READ 2013 adalah untuk mencapai ssasaran membaca tanpa henti selama 2013 saat iaitu bersamaann dengan 33 minit 55 saat dan seterusnya mengiktiraf penglibatan murid dalam Malaysian Book of Records.

Objektif :
  • Menggalakkan murid membaca buku
  • Memupuk minat murid untuk membudayakan amalan membaca walau dimana sahaja berada.

Sunday, October 27, 2013

On 7:07 AM by SK Labu Ulu   No comments

Tarikh : 25 - 26 Oktober 2013
Lokasi  : SK Labu Ulu
Penyertaan : 100 orang murid
                    BSMM - 25 orang murid
                    Pengakap - 25 orang murid
                    Pandu Puteri Tunas - 25 orang murid
                    Pergerakan Puteri Islam - 25 orang murid
Penganjur program : Unit Beruniform Pengakap SKLU
Kem komandan : En Samsul b Abd Ghapar
Tim.Kem Komandan : Pn Norzaliza bt Bahkeri

Saturday, October 26, 2013

On 5:14 AM by SK Labu Ulu   No comments

Tajaan : Nestle Products (M) Sdn Bhd -MILO
Pelajar Sasaran : Tahun 1 - tahun 6
Program : Sarapan, Ceramah Pendidikan, Aktiviti Sukan dan Pemberian Cenderahati
Tempoh sarapan percuma : 5 hari ( 21 Oktober - 25 Oktober 2013 )
Tempat : Dewan Seri Budi & Kantin Sekolah

Ucapan terima kasih kepada pihak Nestle Products Malaysia kerana sudi menaja sarapan pagi murid-murid SK Labu Ulu selama 5 hari berturut-turut. Diharapakan aktiviti seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Monday, October 21, 2013

On 7:51 PM by SK Labu Ulu   No comments

Monday, October 14, 2013

On 11:16 PM by SK Labu Ulu   No comments


Hikmah di Sebalik Sambutan Aidil Adha

Setiap tahun pada bulan Zulhijjah, jutaan umat Islam mengunjungi Baitullah di kota Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Pada setiap 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam menyambut kedatangan hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Pada hari itu, umat Islam mengadakan solat sunat hari raya di samping menyembelih binatang ternakan seperti unta dan lembu untuk dikorbankan. Penyembelihan korban dilakukan setelah selesai solat Aidil Adha dan masih dapat dilakukan pada hari-hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.
Mengikut bahasa, perkataan korban bermaksud dekat. Manakala dari segi istilah ialah menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah SWT kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Dalam sejarah, menurut Al-Quran dan kitab perjanjian lama, korban pertama yang dilakukan manusia adalah oleh dua orang adik-beradik, putera Nabi Adam, Qobil dan Habil.

Kerana suatu sengketa, mereka diperintahkan untuk melaksanakan korban, untuk menentukan siapa yang benar dalam persengketaan tersebut. Kedua saudara itu lalu menyediakan korbannya. Korban Habil diterima dan korban Qobil ditolak. Oleh kerana Habil berkorban dengan ikhlas menjalankan perintah Allah, sedangkan Qobil berkorban dengan maksud menenangkan persengketaan tersebut.

Nabi Ibrahim AS setelah selesai membangun Kaabah di kota Makkah, telah mendapat perintah untuk berkorban dengan menyembelih putera tunggal kesayangannya. Sebagai manusia biasa, perintah mengorbankan anak kesayangannya amat berat untuk dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS. Lebih-lebih lagi beliau dikurniakan cahaya mata setelah usianya lanjut, hasil perkahwinannya dengan Siti Hajar. Namun dengan hati yang berat, Nabi Ibrahim AS menyampaikan juga berita itu kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya itu. Di dalam Al-Quran Surah as-Saffat: 102 maksudnya, "...Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?"

Sebagai seorang anak yang taat kepada perintah Allah SWT, Nabi Ismail AS telah menjawab dengan tenang dan menyakinkan, sebagaimana maksud ayat al-Quran:..."Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar."(as-Saffat:102). Dalam suasana yang mengharukan itu, Nabi Ismail meminta ayahnya melaksanakan perintah Allah tersebut. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan di atas pangkuannya dan bersedia menyembelih.

Pada saat itu Allah telah menunjukkan kekuasaanNya dan menggantikannya dengan seekor kibas(kambing biri-biri jantan) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Semenjak itulah Nabi Ibrahim AS melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban sebagai syiar Islam sebagaimana yang kita laksanakan pada setiap hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik.

Kisah Nabi Ibrahim dan puteranya menunjukkan betapa kesediaan kedua orang bapa dan anak dengan rela hati dan ikhlas melaksanakan perintah Allah. Sepanjang sejarah kehidupan manusia, ramai yang telah berkorban kerana Allah SWT. Umpamanya pada zaman Rasulullah SAW, ramai para sahabat berkorban untuk menegakkan agama Islam. Mereka bukan saja berkorban harta tetapi juga jiwa raga. Saidina Ali telah mempertaruhkan nyawanya sewaktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Uthman RA banyak mengorbankan harta untuk menegakkan agama Islam. Demikianlah pengorbanan umat Islam yang terdahulu.

Ibadat haji dan korban menuntut pengorbanan. Ini kerana tanpa semangat berkorban, orang akan keberatan untuk mengeluarkan perbelanjaan ke Mekah, meninggalkan keluarga dan pekerjaan untuk memenuhi panggilan Allah. Untuk menyembelih haiwan terpaksa juga mengeluarkan belanja. Bukan senang untuk mengorbankan harta jika hati tidak bersih daripada sifat kedekut atau sayangkan harta melaksanakan korban dengan menyembelih binatang.

Jika pada Hari Raya Aidil fitri yang lalu, kita mengeluarkan zakat fitrah bagi membantu kehidupan masyarakat yang tidak mampu, maka penyembelihan korban pada hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik berikutnya, juga dalam rangka membantu masyarakat itu sendiri. Cuba perhatikan, banyak pergolakan di dunia yang berlaku kebanyakannya ditimbulkan oleh rasa tidak puas hati antara golongan yang lemah yang tidak mempunyai kecukupan dalam kehidupan serta menderita kelaparan, terhadap mereka yang hidup dalam kesenangan dan kemewahan. Oleh kerana itu, umat Islam wajib untuk memikir dan memperhatikan nasib golongan ini, dan inilah di antara hikmah penyembelihan korban yang mulia.

Dengan demikian, ibadat penyembelihan korban di Aidil Adha bukan sahaja sebagai tanda shukur nikmat Allah SWT yang telah melebihkan rezeki kepada kita, tetapi di dalamnya terkandung rahsia hidup bermasyarakat. Daging korban itu dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama golongan umat Islam, juga mampu merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban dapat mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan harta.

Ibadat haji yang dilakukan pada masa ini juga menunjukkan ketaatan kepada Allah, apabila seseorang itu secara sukarela mengikut kesemua rukun haji meskipun ia memenatkannya. Ibadat haji juga mengajar erti persamaan dan persaudaraan. Apabila menunaikan haji, seorang akan merasakan bahawa kedudukan mereka sama sahaja di hadapan Allah. Dengan berpakaian ihram bagi lelaki dan bertelekung bagi perempuan, seperti tiada perbezaan di antara satu sama lain; baik orang kaya atau miskin, pemimpin atau rakyat jelata. Pada saat itu, mereka merasakan ikatan ukhuwah sesama agama Islam begitu erat tanpa menghiraukan perbezaan warna kulit, bangsa, budaya dan tempat asal mereka. Semoga tetamu Allah kali ini mendapat haji yang mabrur, yakni haji yang diterima. Haji yang ganjarannya dihapuskan seluruh dosa dan layak memasuki syurga.

Kredit kepada :  Mastura binti Mohd Zain
Sumber : http://www.ikim.gov.my/

Thursday, October 10, 2013

On 11:44 PM by SK Labu Ulu   No comments
Klik sini:

PENGENALAN 

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

"PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)”
Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak 
YAB Perdana Menteri Malaysia Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-12 
21 Mac 2011 

PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan bagaimanapun tertakluk kepada garis panduan JPA.
Sejajar dengan hasrat kerajaan ke arah penstrukturan transformasi, maka PBPPP adalah releven dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang meliputi : 

Anjakan 4 : Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan dan 
Anjakan 5 : Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi  
                   Ditempatkan  Di Setiap Sekolah. 

i. Anjakan 4:  
Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi mulai 2016. 

ii. Anjakan 5:   
Memperkukuhkan kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi pengetua / guru besar mulai 2013.
Berinspirasi kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 dan GTP 2.0, maka PBPPP dibentuk dengan mengabungkan lima bentuk penilaian sedia ada kepada satu bentuk instrumen yang bersepadu . 

Berdasarkan keputusan mesyuarat Pra-DTF (Delivery Task Force) bertarikh 18 September 2013, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah bersetuju bahawa PBPPP kumpulan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) akan dilaksanakan sepenuhnya bermula pada tahun 2015. Keputusan ini juga telah dibawa ke mesyuarat DTF pada 19 September 2013  yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin B. Hj Mohd Yassin (TPM merangkap Menteri Pendidikan Malaysia) bahawa YAB Menteri telah bersetuju dengan keputusan berkenaan.

 Untuk maklumat lanjut sila layari portal berikut : ePrestasi

Tuesday, October 8, 2013

On 10:08 PM by SK Labu Ulu   No comments

Tarikh : 7 Oktober 2013
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU
Perasmi : Pn Noormaah bt Hj Mansor, Guru Besar SKLU

Saturday, October 5, 2013

On 2:31 AM by SK Labu Ulu   No comments
Sila Klik Gambar Untuk Baca


Wednesday, October 2, 2013

On 5:03 AM by SK Labu Ulu   No comments

Guru hilang gaji diminta tampil buat aduan

PUTRAJAYA 1 Okt. - Kementerian Pendidikan menasihatkan mana-mana guru yang gaji mereka lesap akibat akaun gaji digodam segera tampil membuat aduan secara rasmi.

Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata, pihaknya hanya mengetahui maklumat mengenai kes guru kehilangan gaji itu menerusi akhbar dan siasatan sedang dilakukan bagi mengesahkan kesahihannya.

Menurut beliau, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada Bahagian Perolehan dan Kewangan yang kini dalam proses mengumpulkan maklumat mengenai kejadian tersebut.

"Kejadian hilang gaji tidak sepatutnya berlaku dan kita sedang melakukan siasatan menyeluruh apakah puncanya, setakat ini kita hanya mendapat maklumat melalui akhbar, belum ada lagi guru yang tampil buat aduan.

"Selain membuat aduan kepada pihak kementerian, guru-guru terbabit juga perlu membuat laporan polis jika benar gaji mereka hilang akibat akaun gaji digodam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isu gaji guru yang lesap itu timbul selepas satu surat dipercayai palsu yang menggunakan lambang rasmi kerajaan dan kononnya daripada Pegawai Sektor Pendidikan, Mohd. Amin Anis dihantar menerusi e-mel ke beberapa buah sekolah.

Menerusi e-mel itu, guru-guru diminta melengkapkan borang lampiran MPDJAN yang disediakan berserta cop rasmi sekolah dan tanda tangan Guru Besar dan perlu dihantar semula sebelum atau pada 30 September lalu ke alamat aminmoe.gov@gmail.com.

Pengirim e-mel tersebut menggunakan alamat Aras 6 & 7, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Salinan surat palsu tersebut turut dimuat turun ramai pengguna di laman sosial Facebook.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131002/dn_18/Guru-hilang-gaji-diminta-tampil-buat-aduan#ixzz2gZ6s4bJ7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, October 1, 2013

On 7:30 PM by SK Labu Ulu   No comments


Program biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2013 mensasarkan pelajar-pelajar lepasan UPSR yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dan dari latarbelakang yang mencabar.

Pelajar-pelajar yang terpilih akan ditempatkan di suasana yang lebih kondusif untuk pembelajaran serta pembangunan jati diri mereka. Di samping program-program akademik, para pelajar akan diterapkan dengan kemahiran berkomunikasi, kemahiran Bahasa Inggeris, pemupukan nilai-nilai murni, pembinaan kemahiran serta pemerkasaan keyakinan diri.

Syarat-syarat Kelayakan
Bumiputera & warganegara Malaysia;
Keputusan Percubaan UPSR dan UPSR 2013 samada 5A, 4A 1B atau 3A 2B*;
Pendapatan isirumah RM3,000 ke bawah; dan
Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan tersendiri.

* Pemohon yang melepasi pencapaian minima bagi Percubaan UPSR kini boleh mula mendaftar. Pemohon perlu mengemaskini maklumat berkenaan keputusan UPSR di dalam Sistem Permohonan Online Program Peneraju Tunas Geliga 2013, selepas keputusan UPSR diumumkan.

Permohonan Dalam Talian (Online Application) dibuka dari 15 September 2013 sehingga 11 Oktober 2013.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2013 ataupun Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (PenerajuEdu), sila ikuti laman Facebook rasmi PenerajuEdu di www.facebook.com/PenerajuEdu; atau anda boleh menghubungi kami melalui e-mel di info@penerajuedu.com dan di talian 03-2727 9000.

UNTUK MEMOHON SILA KLIK PAUTAN INI : PENERAJU TUNAS GELIGA 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...