Thursday, October 10, 2013
On 11:44 PM by SK Labu Ulu No comments
Klik sini:
PENGENALAN
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.
"PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)”
Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
YAB Perdana Menteri Malaysia Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-12
21 Mac 2011
PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan bagaimanapun tertakluk kepada garis panduan JPA.
Sejajar dengan hasrat kerajaan ke arah penstrukturan transformasi, maka PBPPP adalah releven dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang meliputi :
Anjakan 4 : Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan dan
Anjakan 5 : Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi
Ditempatkan Di Setiap Sekolah.
i. Anjakan 4:
Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi mulai 2016.
ii. Anjakan 5:
Memperkukuhkan kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi pengetua / guru besar mulai 2013.
Berinspirasi kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 dan GTP 2.0, maka PBPPP dibentuk dengan mengabungkan lima bentuk penilaian sedia ada kepada satu bentuk instrumen yang bersepadu .
Berdasarkan keputusan mesyuarat Pra-DTF (Delivery Task Force) bertarikh 18 September 2013, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah bersetuju bahawa PBPPP kumpulan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) akan dilaksanakan sepenuhnya bermula pada tahun 2015. Keputusan ini juga telah dibawa ke mesyuarat DTF pada 19 September 2013 yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin B. Hj Mohd Yassin (TPM merangkap Menteri Pendidikan Malaysia) bahawa YAB Menteri telah bersetuju dengan keputusan berkenaan.
Untuk maklumat lanjut sila layari portal berikut : ePrestasi
Untuk maklumat lanjut sila layari portal berikut : ePrestasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CARIAN
POPULAR
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment