Monday, December 29, 2014

On 5:49 AM by SK Labu Ulu in    No comments
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.



Terima kasih.





Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014



Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat

Friday, November 28, 2014

On 6:44 AM by SK Labu Ulu in    1 comment
Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid tahun enam SKLU yang mendapat keputusan 5A pada peperiksaaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014 :
1. NURUL IZYANI BINTI ASRI
2. FARAH ATHIRAH ABDULL SAMAT
3. NIK RAFIUDDIN RIZKI BIN  ABD RAZAK
4. NURSHAKIERA FARAIN BT RAHMAT
5. NUR SHAHIRAH BT ABD AZIZ

Saturday, November 22, 2014

On 7:04 AM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh : 18 November 2014
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi
Perasmian oleh : 
Yang Berbahagia Dato' Abd Karim bin Mustafa, 
SUSK Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah.
Tetamu :
1.Yang Berbahagia Dato' Abd Karim bin Mustafa, SUSK Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
2.Yang Berusaha Pn Hjh Zakiah bt Zakaria, Kaunselor Unit Psikologi & Kaunseling PPD Seremban
3.Yang Berusaha Encik Zainal Rashid b Zakaria, Pengurus Hal Ehwal Korporat Yayasan Pelajaran Mara KL
4.Yang Berusaha En Saizul Sofian b Hj Musa , Pengerusi PIBG SKLU
5.Barisan Ajk Pemuafakatan
6.Barisan Ajk PIBG
7.Ketua-ketua kampung
8.Pemimpin masyarakat
9.Tuan Imam
10.Ibu bapa dan penjaga murid-murid SKLU

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir pada Hari Anugerah Cemerlang SKLU 2014. Terutama kepada Yang Berbahagia Dato' Abd Karim b Mustafa kerana telah sudi merasmikan HAC SKLU 2014 dan memberikan sumbangan kepada PIBG SKLU. Begitu juga kepada Yang Berusaha En Zainal Rashid b Zakaria selaku wakli YPM yang telah memberikan sumbangan beg sekolah dan alat tulis kepada murid-murid SKLU.Wakil PPD Seremban Yang Berusaha Pn Hjh Zakiah bt Zakaria, Pengerusi PIBG SKLU dan semua pihak yang hadir untuk memberikan sokongan kepada anak-anak dan juga pihak sekolah. Jasa anda semua sangat kami hargai. Kepada murid-murid SKLU yang menerima anugerah, syabas dan tahniah diucapkan. Teruskan kecemerlangan anda.

Friday, November 21, 2014

On 6:22 PM by SK Labu Ulu in    No comments
On 4:31 PM by SK Labu Ulu in    No comments

Friday, November 7, 2014

On 8:11 PM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh : 7 November 2014
Masa : 8.15 - 12.oo t/hari
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU
Aktiviti :
Ucapan ketua murid
Ucapan perasmian oleh guru besar
Persembahan nyanyian berkumpulan dan solo
Persembahan prasekolah
Penyampaian hadiah Tokoh Kanak-Kanak SKLU 2014
Jamuan
Bersurai
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat :) Selamat Hari Kanak-Kanak

Thursday, November 6, 2014

On 11:51 PM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh : 6 November 2014
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat/Tuan Rumah : SK Labu Ulu
Penyertaan :
1. SK Labu Ulu ( Guru Besar :Tn Hj Kamaruzaman bin Hj Hussin)
2. SJKT Ladang Labu 4 (Guru Besar : Encik D.R Kalimuthu)
3. SJKC Min Shing Labu (Guru Besar : Pn Low Nyet Yin)
Perasmian  Pembukaan : YDP PIBG SKLU; En Saizul Sofian bin Hj Musa
Perasmian Penutupan : Pen. Pegawai PPD Seremban
Aktiviti :
Sukaneka
Persembahan Kebudayaan
Jamuan
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah menyumbang tenaga sepanjang program ini berlangsung. Tahniah juga kepada murid-murid yang telah mengambil bahagian.

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

KONSEP
RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT
Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN

RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:
  • Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
  • Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.
  • Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah.
  • Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.
On 4:43 PM by SK Labu Ulu in ,    No comments
Adalah dimaklumkan bahawa semakan calon berjaya temuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2014 kini boleh mula disemak.Sila klik banner dibawah:

Wednesday, November 5, 2014

On 4:59 PM by SK Labu Ulu in    No comments
On 8:00 AM by SK Labu Ulu in    No comments
MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN 1MALAYSIA
Tarikh : 04 November 2014
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU
Tempoh Pelaksanaan KM1M : 04, 05 & 06 November 2014
Persami Pelancaran : Guru Besar SKLU, Tn Hj Kamaruzaman bin Hj Hussin

Thursday, October 30, 2014

On 1:19 AM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh : 28-30 Oktober 2014
Tempat : Insight G-Jan, Jijan, Nilai
Wakil SK Labu Ulu :
1. Ustazah Suriati bt Ismail - Fasilitator
2. Farah Athirah bt Abd Samad - Peserta
3. Eriq Haiqal - Peserta

Ucapan syabas & tahniah kepada adik Farah Athirah bt Abdul Samad telah terpilih ke Khemah Ibadah Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 10-13 November 2014 nanti.

Wednesday, October 29, 2014

On 1:12 AM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh : 29 Oktober 2014
Masa : 9.00 pagi
Kumpulan sasaran : Murid tahun 4, 5 & 6
Fasilitator : Guru-guru SKLU
Pegawai Pembimbing : Pasukan SISC+ PPD Seremban

Tahniah kepada semua peserta.

Friday, October 24, 2014

On 12:58 AM by SK Labu Ulu in    No comments
Tema : Perpaduan Nadi Tranformasi Negara
Tarikh : 24 Oktober 2014
Masa : 8.00 pagi
Aktiviti :
1.Bacaan Yasin
2.Ceramah Maal Hijrah oleh Ustazah Norimah bt Mohd Sotikan
3.Kuiz terbuka Maal hijrah
4.Nyanyian lagu tema sambutan maal hijrah



Monday, October 13, 2014

On 12:51 AM by SK Labu Ulu in    No comments
NURTURE FOR NATURE
Tarikh : 13 Oktober 2014
Masa : 12 T/hari
Tempat : Dewan Seri Budi
Anjuran : Tetrapak Malaysia & Unit HEM SKLU
Aktiviti :
1.Ceramah kitar semula
2.Kuiz

Sunday, October 12, 2014

On 6:55 AM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh : 8 Oktober 2014
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Tempat:Makmal ICT SKLU
Penceramah :
Pasukan SISC+ PPD Seremban
1. PuanNormala bt Abu Bakar (Ketua)
2.Puan Shamsinar Idayu bt M Yusuf
3.Puan Noraini bt Hassan
4.Puan Ainon Faziaton bt Fakhrullah
Kehadiran:
Semua guru SKLU

8 Peta Pemikiran i-THiNK

Untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia, Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi.

Untuk mencapai matlamat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama memperkenalkan projek i-THINK.

Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.
Agensi Inovasi Malaysia (AIM) merupakan badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk memacu dan memperkukuh kemajuan Malaysia dengan mempercepat budaya inovasi.

Penyediaan peluang sama rata serta pendidikan berkualiti untuk semua merupakan fokus utama Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat pendidikan Malaysia telah dimanifestasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan muktamad untuk mencapai wawasan negara dalam menyediakan anak-anak Malaysia supaya menjadi individu yang berpengetahuan dan berkemahiran ke arah menghadapi cabaran Abad ke-21.

Penekanan juga diberi kepada sains, teknologi dan teknologi maklumat, selain daripada menyemai etika moral dan etika kerja yang baik. Ini menjadi tumpuan utama untuk membangunkan kurikulum bertaraf dunia yang akan membantu guru, ibu bapa dan murid agar seiring dengan kadar perubahan ekonomi dan teknologi yang bergerak pantas.

Akses, ekuiti dan pendidikan berkualiti akan memastikan masa depan yang progresif untuk Malaysia, dan turut mengambil kira bidang-bidang yang sukar dicapai. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, inisiatif baru dipertingkat melalui kitaran hayat pembangunan pendidikan yang menyeluruh, daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas dan pendidikan tertiari sehingga ke pendidikan semasa bekerja. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pendidikan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah menyediakan pelan hala tuju dengan objektif terperinci, hasil dan tindakan untuk menangani cabaran tersebut dalam memastikan pendidikan berkualiti dapat disediakan kepada semua.

Sumber:http://www.ithink.org.my/ 

Saturday, October 11, 2014

On 7:15 AM by SK Labu Ulu in    No comments
SILA KLIK BANNER DI BAWAH
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
30 OKTOBER 2014
PANDUAN AM
 1. Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian;
 2. Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT;
 3. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN;
 4. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum mencetak. PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN.
On 5:26 AM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh : 1 Oktober 2014
Destinasi : Zoo Negara & Muzium Coklat
Penganjur : Panitia Sivik & Pendidikan Moral dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling SKLU
Peserta : 40 orang murid SKLU
Guru pengiring : 
1.Pn Hasliza bt Hasan
2.Pn Sh Nur Diana Wafa bt Syed Abd Hamid
3.En Samsul b Abd Ghapar
4.Hasrulla b Abdullah

Zoo Negara
Zoo Negara adalah Zoo nasional pertama di Malaysia. Ini dibuka pada tahun 1963. Sampai saat ini, Zoo Negara dimiliki dan dikendalikan oleh Zoological Society Malaysia. Zoo Negara (The National Zoo) terletak di Ulu Klang sekitar 13km dari Kuala Lumpur. Terdapat sekitar 5.000 haiwan dari lebih dari 400 spesies termasuk burung, ikan, mamalia dan reptilia. Selain hanya menonton haiwan, ada persembahan oleh orangutan dan singa laut juga. Dibuka pada jam 9 pagi – 5 petang, isnin – ahad.

Muzium Coklat
"Muzium ini merupakan platform bagi memberi pengetahuan mengenai asal-usul coklat, kebaikan dan maklumat menarik mengenainya.Menggunakan konsep 3E di mana pengunjung dapat pengetahuan interaktif (education interactive), pengalaman membuat coklat (experience chocolate making) dan keseronokan membeli (enjoyable shoppings) di sini,Bertempat di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya, muzium ini dibuka secara percuma untuk orang ramai bermula dari 10 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari.Muzium ini turut menempatkan replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa, Swiss Chocolatier, Rodolphe Lindt.Lebih menarik pengunjung dapat melihat sendiri hasil seni penghasilan coklat dari dapur muzium yang akan ditunjukkan oleh tiga orang chef berpengalaman.




Friday, October 10, 2014

On 6:26 AM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh : 24 September 2014
Hari : Rabu
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU
Penglibatan : Semua guru dan murid SKLU
Pelancaran oleh : Encik Saizul Sofian bin Hj Musa, YDP PIBG SKLU

Sunday, October 5, 2014

On 10:18 PM by SK Labu Ulu in    No comments
iThink ditangguhkan bukannya dibatalkan. Bagi guru-guru yang sudah online teruskan usaha anda dalam menambah ilmu pengetahuan. Jika kursus ini diteruskan pada tahun hadapan diharapkan KPM dapat memastikan masalah yang berlaku sekarang tidak berulang lagi.

Friday, October 3, 2014

On 6:40 AM by SK Labu Ulu in    No comments
Ibu bapa / Penjaga,
Murid-Murid SK Labu Ulu

Tuan / Puan,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Peperiksaan / Pentaksiran Akhir Tahun akan dilaksanakan seperti jadual dibawah.

TAHAP 1
Hari/Masa
8.00-9.00
9.15-10.15
10.15-10.35
10.45-11.45
12.05-12.35
Jumaat
(17 Okt 2014)
DUNIA SENI VISUAL (2 JAM)
8.15-10.15
REHAT
BAHASA
ARAB
JADUAL
SEPERTI
BIASA
Isnin
(20 Okt 2014)
BAHASA
MALAYSIA
PEN. JASMANI
/PEN.KSHTN
REHAT
MATEMATIK
JADUAL
SEPERTI
BIASA
Selasa
(21 Okt 2104)
BAHASA INGGERIS
PEN.ISLAM /
PEN.MORAL
REHAT
DUNIA SAINS
& TEKNOLOGI
JADUAL
SEPERTI
BIASA

TAHAP 2
Hari/Masa
7.45-8.45
9.00-10.00
10.05-10.45
10.45-11.05
11.05-12.05
12.20-1.20
Jumaat
(17 Okt 2014)
BAHASA ARAB
KAJIAN TEMPATAN
/ SEJARAH
MT
(K2)
REHAT
PENDIDIKAN ISLAM/ MORAL
PENDIDIKAN MUZIK
(12.05-1.05)
Isnin
(20 Okt 2014)
DUNIA SENI VISUAL/PEN.SENI
8.15-10.15 (2 JAM)

REHAT
PENDIDIKAN SIVIK &
KEWARGANEGARAAN / RBT

Selasa
(21 Okt 2104)
B.MALAYSIA
(PEMAHAMAN)
8.00-8.50
(50 MINIT)
B.MALAYSIA
9.00-10.15
(1 JAM 15 MINIT)
REHAT
10.35-10.55
MATEMATIK
(KERTAS 1)
B.INGGERIS
(KERTAS 1)
Khamis
(23 Okt 2014)
B.INGGERIS
8.00-9.15
(1 JAM 15 MINIT)
DUNIA SAINS & TEKNOLOGI /
SAINS
9.30-10.45
(1 JAM 15 MINIT)
REHAT
PEND.JASMANI &
PEND.KESIHATAN
(1 JAM)
TMK
Sila pastikan kehadiran anak tuan/puan ke sekolah sepanjang tempoh peperiksaan / pentaksiran berlangsung.Terima kasih.

Monday, September 22, 2014

On 3:37 AM by SK Labu Ulu   No comments

KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
BERKAITAN PEMBATALAN UJIAN MATA PELAJARAN
MATHEMATICS & BAHASA TAMIL
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

1.           Pada tarikh 21.9.2014 Lembaga Peperiksaan (LP) telah mengesahkan bahawa kertas ujian Mathematics 015/1 (SK), 025/1 (SJKC), 035/1 (SJKT), Bahasa Tamil 036, 037  bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 telah didapati bocor.

2.           Sehubungan dengan ini, pihak LP memaklumkan bahawa kertas ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037 bagi UPSR tahun 2014 yang berlangsung pada 10 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037  adalah pada 9 Oktober 2014 setelah mengambilkira cuti umum Hari Raya Aidil Adha, dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran). Selain itu, KPM menegaskan bahawa peperiksaan ini dilaksanakan semula bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR tersebut.

3.           Saya amat memahami perasaan, keresahan dan kesulitan yang dihadapi oleh semua.  Selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia saya memohon maaf kepada murid-murid, ibu bapa, guru-guru dan semua yang terlibat ekoran insiden ini.  Saya telahpun mengarahkan semua Guru Besar dan guru untuk mengenalpasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid-murid yang memerlukan.

4.          Dengan itu, saya telah pun mengambil alih pengawasan seluruh proses pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan sejak insiden kebocoran pertama dilaporkan pada 12 September 2014.

5.           Sebagai langkah serta-merta, saya sedang mengambil tindakan untuk membuat pertukaran pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan bagi memantapkan lagi pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam.  Di samping itu, saya juga mengambil langkah mengetatkan lagi semua aspek keselamatan dalam pengurusan dan pengendalian kertas peperiksaan dari peringkat Lembaga Peperiksaan sehingga ke pusat peperiksaan.

6.           Saya memberi jaminan dan komitmen bahawa insiden kebocoran kertas-kertas peperiksaan awam  tidak akan berulang.

7.           Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan penyebaran berita palsu, saya menyeru pihak awam untuk melayari laman web LP www.moe.gov.my/lp untuk maklumat rasmi dan terkini berhubung perkara ini. Pihak awam juga boleh menghubungi HOTLINE UPSR 2014 LP di talian 03-88893601 @ 3551 @ 3809 @ 3520 @ 3030.





Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

22 September 2014
Sumber: http://www.moe.gov.my/

Sunday, September 21, 2014

On 2:51 AM by SK Labu Ulu in    No comments
Susunan dan kedudukan bendera adalah bergantung kepada di mana bendera-bendera tersebut hendak dikibarkan atau dihamparkan. Susunan yang biasa dibuat ialah:-

(i) Susunan di luar dan di dalam bangunan

(a) Susunan Pada Hari Biasa dan Hari-Hari Kebesaran Persekutuan

Jika hanya dua bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan dalam negeri, maka susunannya ialah seperti berikut:-
    Rajah 5: Susunan Bagi Dua Tiang Bendera

Jika tiga bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan dalam negeri, maka susunannya ialah seperti berikut:-
    Rajah 6: Susunan Bagi Tiga Tiang Bendera

(b) Susunan Pada Hari-Hari Kebesaran Negeri

Jika hanya dua bendera dikibarkan pada majlis peringkat negeri di negeri yang berkenaan, maka susunannya adalah seperti berikut:
susunan_7
  Rajah 7: Susunan Bagi Dua Tiang Bendera

Jika tiga bendera dikibarkan di majlis peringkat negeri di negeri, maka susunannya ialah seperti berikut:
susunan_8
  Rajah 8: Susunan Bagi Tiga Tiang Bendera


Bacaan selanjutnya klik sini:

Sumber ; http://pmr.penerangan.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...