Thursday, November 6, 2014
On 11:51 PM by SK Labu Ulu in RIMUP No comments
Tarikh : 6 November 2014
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat/Tuan Rumah : SK Labu Ulu
Penyertaan :
1. SK Labu Ulu ( Guru Besar :Tn Hj Kamaruzaman bin Hj Hussin)
2. SJKT Ladang Labu 4 (Guru Besar : Encik D.R Kalimuthu)
3. SJKC Min Shing Labu (Guru Besar : Pn Low Nyet Yin)
Perasmian Pembukaan : YDP PIBG SKLU; En Saizul Sofian bin Hj Musa
Perasmian Penutupan : Pen. Pegawai PPD Seremban
Aktiviti :
Sukaneka
Persembahan Kebudayaan
Jamuan
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah menyumbang tenaga sepanjang program ini berlangsung. Tahniah juga kepada murid-murid yang telah mengambil bahagian.RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)
KONSEP
RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.
MATLAMAT
Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
OBJEKTIF RANCANGAN
RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:
- Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
- Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.
- Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah.
- Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CARIAN
POPULAR
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment