Wednesday, January 1, 2014

On 6:26 AM by SK Labu Ulu in ,    No comments
Tarikh : 30 Disember 2013
Tempat : Hotel Seri Malaysia , Seremban
Masa : 1.30 petang

Jamuan perpisahan diadakan sempena pertukaran Pn Noormaah Bt Hj Mansor ke SK Taman Tuanku Jaafar, Seremban. Pihak BKS  merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Noormaah kerana sepanjang menjadi guru besar SKLU, banyak pembaharuan yang telah dilakukan. Jasa dan bakti Pn Noormaah pada SKLU akan  dikenang sampai bila-bila. Semoga Pn Noormaah sentiasa sihat dan berjaya di sekolah baharu.

Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Anak tani mengutip lokan
Lokan dikutip untuk dimakan
Sayang anak tangan-tangankan
Sayang isteri tinggal-tinggalkan

Pulau Sipadan pulau Ligitan
Tempat singgah raja Bulungan
Risau dibadan galau ingatan
Ingat pungguk rindukan bulan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...