Wednesday, April 30, 2014

On 6:14 AM by SK Labu Ulu in    No comments

Alhamdulillah… Segala puji dan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala yang telah memberikan kita limpahan nikmat-Nya… Ya Allah, Ya Rabbi! Sesungguhnya Dikau Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Mu, walaupun hamba-hamba-Mu sentiasa lupa kepada-Mu dan sering mengingkari perintah-Mu serta melengahkan perintah-Mu tapi Dikau tidak pernah melupakan mereka, masih mengekalkan segala nikmat yang telah diberikan kepada mereka dan Dikau sentiasa membimbing serta memimpin mereka ke jalan yang Dikau redhai…
.
Kita telah dilahirkan di dunia ciptaan Allah Ta’ala yang serba indah ini sebagai hamba-Nya. Akan tetapi, adakah kita melakukan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh Allah Subhanallah Wa Ta’ala kepada kita sebagai seorang hamba? Astaghfirullah. Kita perlu sering fikir dan risau tentang ibadah-ibadah dan amalan yang kita lakukan kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala semakin hari semakin berkurangan. Kita telah banyak melakukan dosa-dosa di atas muka bumi ciptaan Allah ini. Tidak kira ianya Dosa Besar ataupun Dosa Kecil. kita tetap berdosa.

Bila dah masuk Bulan Rejab maka masa akan berlalu begitu pantas untuk sampai ke Ramadhan. Oleh itu, ayuh kita istqamah beramal sepanjang Bulan Rejab ini dengan beristighfar, bertaubat dan berdoa kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala dengan harapan agar Allah memanjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan dan mengampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini. InsyaAllah.

Terima kasih: http://shafiqolbu.wordpress.com/

Tuesday, April 29, 2014

On 9:54 PM by SK Labu Ulu in    No comments
BUKU PEMACU MINDA GENERASI
Tarikh : 28 April 2014
Masa : 7.35 pagi
Tempat : Dewan seri Budi SKLU
Perasmi ; Pn Hjh Rosnah bt Abu Bakar, GPK 1 SKLU
Aturcara:
-Ucapan pengerusi majlis
-Bacaan doa
-Ucapan Perasmian Majlis Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Peringkat SKLU oleh GPK 1
-Nyanyian Lagu Budaya Membaca
-Ulasan Buku (Rakan Pembaca)
-Murid-murid membaca buku selama 10 minit
-Penyampaian hadiah bagi:
  - Pembaca NILAM bulan April
  - Pertandingan Mewarna Poster Tahap 1
  - Pertandingan Mengarang "Aku Sebuah Buku" Tahap 2
-Penyerahan sumbangan buku cerita oleh guru dan murid kepada guru PSS & Media.

Ucapan terima kasih kepada guru dan murid yang telah menyumbangkan buku cerita kepada pusat sumber sekolah.

SEJARAH HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 Nov 1995 yang mengisytiharkan 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku
Objektif acara ini diadakan adalah untuk mempromosikan pembacaan, penerbitan dan juga hakciptaterpelihara sesuatu bahan bacaan.
Pelbagai aktiviti diadakan di seluruh dunia pada Hari Buku tersebut. Aktiviti ini diadakan untuk membukamata masyarakat mengenai pembacaan yang baik selain daripada mengetahui proses penerbitan buku yang bermutu dan berkualiti.
Hari Buku Sedunia juga akan mempromosikan mengenai hakcipta yang sangat penting bagi seseorang pengkarya buku dan juga mengajak masyarakat untuk lebih mengenali karya–karya yang menarik dan hebat.

Friday, April 25, 2014

On 6:33 AM by SK Labu Ulu in    No comments

Thursday, April 24, 2014

On 9:14 PM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh : 22 April 2014
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU
Masa Mula : 10.00 pagi
Masa Tamat : 10.10 pagi
Penyertaan : Semua Warga SKLU

Program ini adalah pengisian program gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun. Usaha berterusan ini adalah bagi membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca.

Kesemua perpustakaan awam negeri bersetuju untuk melaksanakan JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama. Tarikh 22 April 2014 jam 10.00 hingga 10.10 pagi telah dipilih sebagai tarikh dan waktunya.

Konsep JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diilhamkan daripada sambutan Earth Hour.

Melalui program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) semua peserta tanpa mengira apa jua latarbelakang, pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan akan sama-sama  berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Pelaksanaan program  JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diharapkan dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dengan keperluan masyarakat.

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) merupakan  inisiatif membaca di perpustakaan awam negeri bersama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).

Monday, April 21, 2014

On 8:20 PM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh: 18 April 2014
Masa : 2.30 petang
Penganjur : Pusat Sumber Sekolah SKLU
Peserta : Semua Guru SKLU & Guru Pelatih IPG Kampus Enstek
Tempat Berbengkel:
1.Panitia BM : Bilik Pemulihan
2.Panitia Matematik : Prasekolah
3.Panitia BI : Makmal ICT
4.Panitia Pendidikan Islam : Bilik JQAF
5.Panitia Sains : Makmal Sains

Tempat Sesi Pembentangan BBM : Makmal ICT

Syabas dan terima kasih kepada semua guru dan guru pelatih di atas komitmen yang ditunjukkan. Bahan yang dihasilkan juga sangat menarik untuk digunakan dalam proses p&p.

Friday, April 18, 2014

On 9:04 PM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh : 16 April 2014
Masa : 8.45 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKLU
Tema Pameran : "NURTURING TALENT"

Ucapan terima kasih kepada pihak Yayasan Pintar kerana mengadakan pameran di SKLU.

Friday, April 11, 2014

On 6:25 AM by SK Labu Ulu in    No comments

Buletin Bulanan Transformasi KPM Isu ke-12, Bulan Mac 2014

Wednesday, April 9, 2014

On 8:33 PM by SK Labu Ulu in    No comments

Tarikh : 7 April 2014
Masa : 7.35 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU
Perasmi : Encik Khaimin bin Sapiri GPK HEM SKLU
Panitia Yang Terlibat:
1.Panitia BM
2.Panitia BI
3.Panitia Matematik
4.Panitia Sains
5.Panitia DSV

"PSS PEMANGKIN PENDIDIKAN BESTARI"

Monday, April 7, 2014

On 8:39 PM by SK Labu Ulu in    No comments

On the April 8, Microsoft will stop updating its decade-old operating system. In other words, there will be no more security updates and service support for all Windows XP PCs, leaving your data open to all kinds of problems.
What is Windows XP end of support?
On 4:49 PM by SK Labu Ulu in    No comments

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...