Tuesday, April 29, 2014

On 9:54 PM by SK Labu Ulu in    No comments
BUKU PEMACU MINDA GENERASI
Tarikh : 28 April 2014
Masa : 7.35 pagi
Tempat : Dewan seri Budi SKLU
Perasmi ; Pn Hjh Rosnah bt Abu Bakar, GPK 1 SKLU
Aturcara:
-Ucapan pengerusi majlis
-Bacaan doa
-Ucapan Perasmian Majlis Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Peringkat SKLU oleh GPK 1
-Nyanyian Lagu Budaya Membaca
-Ulasan Buku (Rakan Pembaca)
-Murid-murid membaca buku selama 10 minit
-Penyampaian hadiah bagi:
  - Pembaca NILAM bulan April
  - Pertandingan Mewarna Poster Tahap 1
  - Pertandingan Mengarang "Aku Sebuah Buku" Tahap 2
-Penyerahan sumbangan buku cerita oleh guru dan murid kepada guru PSS & Media.

Ucapan terima kasih kepada guru dan murid yang telah menyumbangkan buku cerita kepada pusat sumber sekolah.

SEJARAH HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 Nov 1995 yang mengisytiharkan 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku
Objektif acara ini diadakan adalah untuk mempromosikan pembacaan, penerbitan dan juga hakciptaterpelihara sesuatu bahan bacaan.
Pelbagai aktiviti diadakan di seluruh dunia pada Hari Buku tersebut. Aktiviti ini diadakan untuk membukamata masyarakat mengenai pembacaan yang baik selain daripada mengetahui proses penerbitan buku yang bermutu dan berkualiti.
Hari Buku Sedunia juga akan mempromosikan mengenai hakcipta yang sangat penting bagi seseorang pengkarya buku dan juga mengajak masyarakat untuk lebih mengenali karya–karya yang menarik dan hebat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...