Tuesday, May 27, 2014
Monday, May 26, 2014
On 10:25 PM by SK Labu Ulu in Kurikulum No comments
YouTube mempunyai pelbagai saluran yang berkongsi informasi bercorak pendidikan bersama-sama pengguna, sekaligus memudahkan pembelajaran sesuatu perkara lebih menarik dan pantas berbanding kebiasaan. Perkara sama juga untuk topik Sains, dan berikut merupakan antara saluran di YouTube yang digemari yang menyentuh berkenaan topik sains dan alam sekitar.
1.AsapScience
2.Minute Physics
3.VSauce
4.SciShow
5.DNews
6.SickScience
Selain ini, terdapat juga pelbagai saluran YouTube lain memfokuskan Sains dan alam sekitar yang mana anda boleh langgan, termasuk IFLScience, Veritasium, Earth Unplugged, Numberphille dan beberapa yang lain.
*Bimbingan ibu bapa dan guru sangat digalakkan ketika menonton video di atas*
SUMBER : amanz.my

Friday, May 23, 2014
On 6:00 PM by SK Labu Ulu in BKS No comments
Tarikh : 23 Mei 2014
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU
Bak Air Yang Mengalir
Bak air yang mengalir.
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!
Berdiri melihat denai-denai kenangan,
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan melankolia,
Ucap salam anak-anak murid,
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.
Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
yang terkhilaf dimaafi,
yang sesal diinsafi,
yang lebih dibahagi,
yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah.
Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
selamanya pun bergelar guru.
Selamat tinggal suara-suara ceria,
Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.
Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!
Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!
Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang individu,
Puan Hjh Rusilah yang satu.
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!
Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya.
Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!
Terima kasih: Ghazali Lateh
Thursday, May 22, 2014
Sunday, May 18, 2014
Saturday, May 17, 2014
On 10:26 PM by SK Labu Ulu in HARI GURU 2 comments
Tarikh : 16 Mei 2014
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi
Aturcara:
1.Bacaan Yaasin
2.Perarakan guru ke Dewan Seri Budi
3.Bacaan doa
4.Ucapan oleh Ketua Murid dan YDP PIBG
5.Bacaan perutusan Hari Guru KPPM
6.Bacaan Ikrar Guru dan nyanyian Lagu Hari Guru
7.Sukaneka guru
8.Persembahan murid
9.Sesi bertukar hadiah dan memotong Kek Hari Guru
10.Bersurai
Selamat Hari Guru Kepada Semua Guru SKLU

GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI
Wednesday, May 14, 2014
Tuesday, May 13, 2014
Saturday, May 10, 2014
Thursday, May 8, 2014
On 1:14 AM by SK Labu Ulu in Kurikulum No comments
Tarikh : 7 Mei 2014
Masa : 2.30 petang
Tempat : Makmal ICT SKlU
Penceramah : Pn Hjh Salwa bt Md Ramli
Tajuk : Komuniti Pembelajaran Profesional / Public Learning Community (PLC)
Kehadiran : Semua guru SKLU
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) ditakrifkan sebagai sebuah komuniti profesional di sekolah yang terdiri daripada pentadbir dan guru-guru yang sentiasa berusaha secara berterusan belajar, mencari dan berkongsi ilmu untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka, melalui tindakan terhadap perkara yang telah mereka pelajari. Dalam hal ini, komuniti pembelajaran profesional dapatlah dianggap sebagai kumpulan profesional yang melakukan perjumpaan secara berterusan dan tetap dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran mereka sendiri dan pelajar-pelajar mereka. Walaupun ahli komuniti pembelajaran ini mempunyai perbezaan dalam bentuk dan konteks, tetapi mereka berkongsi beberapa kepercayaan dan nilai-nilai teras asas. PLC dan konsep Distributed Leadership mempunyai persamaan dari segi konsep jaringan perkongsian maklumat dan ilmu dikalangan guru-guru, guru-guru pakar subjek, pemimpin serta seluruh warga sekolah.
Dengan berdasarkan idea bahawa pendidik boleh belajar antara satu sama lain, komuniti pembelajaran profesional mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang menggalakkan kerjasama,kejujuran, dan komitmen terhadap pertumbuhan dan pembangunan ahli-ahli sama ada secara individu atau kumpulan secara keseluruhannya. Mereka bekerjasama dengan andaian bahawa guru tidak semata-mata melaksanakan idea-idea orang lain, tetapi seorang intelektual yang melakukan kerja-kerja keilmuan. Ini bermakna bahawa dalam komuniti pembelajaran ini meletakkan keistimewaan teori seiring dengan praktikal. Mereka juga menggalakkan dan menyokong ahli-ahli untuk sentiasa mengkaji amalan pengajaran mereka, mencuba idea-idea baru, dan mereka menyediakan peluang untuk pembinaan secara kolektif perkongsian pengetahuan baru.
Konsep komuniti pembelajaran profesional adalah berhubungan antara profesional dan pembelajaran pelajar. Sebagai pendidik mereka akan sentiasa mengenal pasti dan menyelesaikan masalah amalan pengajaran secara bersama-sama, membina kapasiti secara bersama dalam meningkatkan pembelajaran dan pencapaian semua pelajar di sesebuah sekolah.
Terdapat beberapa ciri sekolah yang mengamalkan PLC, antaranya kepimpinan bersama yang saling menyokong, perkongsian nilai-nilai dan visi, aplikasi pembelajaran secara kolektif dan amalan-amalan yang dikongsi bersama. Dengan memupuk ciri-ciri tersebut, PLC akan dapat dilaksanakan dengan berkesan di sesebuah sekolah. Bagi mendapat hasil yang maksimum, pihak sekolah seharusnya mampu menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi guru-guru menjana, bertukar dan mencabar idea masing-masing secara berterusan untuk meningkatkan mutu pengajaran mereka.
Di samping itu, penambahbaikan secara berterusan terhadap kualiti guru dan kualiti pengajarannya juga merupakan elemen penting dalam peningkatan prestasi pelajar. Dalam hal ini, tidak ada gunanya menyediakan ruang untuk PLC dilaksanakan di sekolah tanpa peningkatan kualiti guru dan pengajarannya. Seterusnya, pelaksanaan PLC memerlukan fokus yang jelas serta tepat tentang keperluan dan masalah pelajar.
Terdapat banyak ciri-ciri teras PLC, termasuk kerja pasukan kolektif di mana kepimpinan dan tanggungjawab untuk pembelajaran pelajar secara meluas dikongsi, memberi tumpuan kepada kajian reflektif, penekanan kepada meningkatkan pembelajaran pelajar, berkongsi nilai-nilai dan norma-norma, dan pembangunan amalan biasa dan maklum balas.
Berikut adalah ciri-ciri utama :
- Berkongsi wawasan dan nilai-nilai yang membawa kepada komitmen kolektif kakitangan sekolah,yang dinyatakan dalam amalan sehari-hari
- Sentiasa mencari penyelesaian secara aktif, keterbukaan kepada idea-idea baru
- Kerja berpasukan- sentiasa bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama
- Menggalakan cuba-jaya sebagai satu peluang untuk belajar
- Mempersoalkan status quo, membawa kepada usaha yang dibuat secara berterusan untuk penambahbaikan dan pembelajaran profesional
- Penambahbaikan yang berterusan berdasarkan penilaian outcome bukannya kepada niat melahirkan
- Refleksi untuk mengkaji operasi dan kesan tindakan yang diambil
Terima kasih: spunkysallymara.blogspot.com

Wednesday, May 7, 2014
On 7:37 AM by SK Labu Ulu in PSS SKLU No comments
Tarikh: 5 Mei 2014
Masa: 7.45 pagi
Tempat: Dewan Seri Budi
Hadiah disampaikan oleh:
1.Guru Besar : Tn Hj Kamaruzaman bin Hj Hussin
2.GPK1 : Pn Hjh Rosnah bt Abu Bakar
3.GPK HEM : En Khaimin bin Sapiri
4. GPK KOKU: En Zulkiply bin Nordin
Tahniah kepada semua murid yang menerima hadiah. Kepada yang tidak berjaya usaha lagi. Tahniah juga kepada PSS & panitia-panitia yang telah berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan panitia berlangsung.

Monday, May 5, 2014
On 6:54 PM by SK Labu Ulu in HARI GURU No comments
PERTANDINGAN MENULIS ESEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA HARI GURU 2014
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan terbuka kepada :
Kategori murid sekolah rendah ( 7 – 12 Tahun)
Kategori murid sekolah menengah (13 – 17 Tahun)
Kategori Guru
Kategori Terbuka
2. Panjang Esei :
Kategori murid sekolah rendah : 150 patah perkataan
Kategori murid sekolah menengah : 400 patah perkataan
Kategori Guru : 800 patah perkataan
Kategori Terbuka : 800 patah perkataan
3. Jumlah perkataan mestilah dicatatkan dengan tepat pada penghujung bawah sebelah kanan esei.
4. Esei adalah karya asal menggunakan Bahasa Malaysia dan tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
5. Tajuk Esei:
“Profesion Perguruan Kerjaya Mulia”
6. Format esei :
Ditaip atas kertas A4 menggunakan perisian Office Word.
Jenis aksara : Arial
Saiz aksara : 12 pt.
Langkauan baris : 1.5
7. Maklumat penyertaan hendaklah dilengkapkan pada Borang Penyertaan yang sediakan dengan menyertakan salinan kad pengenalan/sijil lahir yang telah disahkan oleh Guru Besar/Pengetua/Ketua Jabatan.
8. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan peraduan tidak akan dilayan.
9. Keputusan akan diumumkan di laman sesawang Kementerian Pendidikan
Malaysia (www.moe.gov.my), melalui emel dan telefon.
10. Hadiah disediakan untuk pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga serta lima (5) sagu hati mengikut kategori yang dipertandingkan serta sijil penghargaan.
11. Esei adalah hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia dan urus setia berhak untuk menggunakannya, menyunting dan menyiarkan dalam mana-mana penerbitan.
12. Pegawai dan petugas yang terlibat sebagai urus setia pertandingan menulis esei Hari Guru 2014 tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
13. Urus setia berhak untuk meminda syarat-syarat pertandingan tanpa memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu.
14. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak urus setia tidak akan bertanggungjawab terhadap kiriman yang tidak sampai atau rosak dalam perjalanan
15. Semua pertanyaan boleh menghubungi urus setia pertandingan (Pn. Norita binti Hamzah di talian 03-88846504/03-88846489 atau emel : norita.hamzah@moe.gov.my.
16. Semua penyertaan hendaklah sampai kepada urus setia pada atau sebelum 15 Mei 2014. Penghantaran boleh dilakukan melalui emel kepada urusetiapertandinganesei.kpm@gmail.com, melalui pos atau menghantar sendiri kepada:
Pejabat Menteri Pendidikan II
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 18, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u.p. Urus Setia Pertandingan Menulis Esei Hari Guru 2014)
Borang Pertandingan Esei Hari Guru 2014
Disediakan Oleh:
Urus setia
Pertandingan Menulis Esei Sempena Hari Guru 2014

Friday, May 2, 2014
On 7:03 PM by SK Labu Ulu in IKLAN No comments
TAWARAN PELAWAAN SEBAGAI CALON PENULIS BUKU TEKS
SEKOLAH RENDAH UNTUK KEGUNAAN MULAI TAHUN 2016
Tawaran dibuka kepada calon-calon penulis yang berkebolehan, berpengalaman, berkelayakan dan mempunyai kepakaran serta memenuhi syarat-syarat di bawah bagi menulis buku teks mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 6 untuk kegunaan mulai tahun 2016 yang dipertanggungjawabkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Maklumat lanjut sila rujuk maklumat seperti lampiran di bawah.
Sekian, terima kasih.
Muat Turun Borang:
Tawaran Pelawaan Sebagai Calon Penulis Buku Teks KSSR Tahun 6
Borang Biodata Penulis
Diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat
Subscribe to:
Comments (Atom)
CARIAN
POPULAR
Powered by Blogger.

.png)