Monday, July 21, 2014

On 4:47 PM by SK Labu Ulu in    No comments
Guru-guru SKLU dan para pengguna lebuhraya dinasihatkan supaya merancang perjalanan balik kampung, sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2014 yang bakal menjelang berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS. TTA bertujuan bagi mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.
Tip Keselamatan Pengguna Lebuh Raya Sempena Hari Raya AidilFitri

  • Rancang perjalanan berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA)
  • Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan
  • Jangan berhenti di lorong kecemasan kecuali berlaku kecemasan
  • Berhenti rehat di R&R atau Hentian Sebelah sekiranya anda berasa mengantuk
  • Pastikan kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go anda mempunyai baki yang mencukupi untuk perjalanan anda
  • Jangan memandu di lorong kecemasan kecuali diarahkan oleh polis
  • Jangan mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat
  • Patuhi had laju yang ditetapkan
  • Pakai tali keledar
  • Hormati had anda dan had kemampuan kenderaan anda
  • Pandu dengan berhemah pada setiap masa
Sumber: www.plus.com.my/




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...