Tuesday, January 13, 2015

On 1:30 AM by SK Labu Ulu in    No comments
Setelah ditangguhkan selama seminggu kerana bencana banjir, pada hari ini 12 Januari 2015, bermulalah sesi persekolahan secara rasmi bagi tahun 2015 bagi murid-murid SKLU dan murid sekolah di seluruh Malaysia. Selamat datang diucapkan kepada murid prasekolah dan tahun 1. Selamat kembali ke sekolah kepada murid tahun 2 hingga tahun 6. Ucapan selamat tinggal dan selamat berjaya kepada murid tahun 6 (2014) yang kini melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1. Semoga tahun 2015 ini akan menjadi tahun yang terbaik kepada semua murid SKLU. Tanamkan azam dan tekad untuk belajar bersungguh-sungguh seterusnya melonjakkan nama SKLU dalam bidang akademik, koakedemik dan kokurikulum. "Welcome back to school"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...