Sunday, February 7, 2016

On 8:20 PM by SK Labu Ulu in    No comments
Minecraft telah diambil-alih oleh Microsoft sebelum ini, dan sejak daripadanya beberapa perubahan dan perkara baru telah diperkenalkan. Terkini, hari ini, pihak Minecraft turut memperkenalkan sebuah variasi baru permainan mereka, iaitu Minecraft Education Edition.
Minecraft sedia digunakan untuk pembelajaran di beberapa tempat, termasuk untuk pengaturcaraan serta beberapa perkara lain.
Minecraft Edu
Minecraft Education Edition ini merupakan penambah-baikkan dan hasil pembangunan daripada MinecraftEdu sebelum ini. Pengguna sedia ada MinecraftEdu akan menerima Minecraft Education Edition ini secara percuma untuk tempoh tahun pertama.
Minecraft Education Edition ini akan membawakan beberapa ciri-ciri khusus untuk pembelajaran, dan pada masa yang sama membawa imaginasi para pelajar setapak kehadapan lagi.
Untuk menggunakan Minecraft Education Edition, para pelajar dan guru akan memerlukan akaun Office 365, dan yuran langganan tahunan sebanyak $5 untuk setiap pengguna.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...