Tuesday, January 30, 2018
On 4:39 PM by SK Labu Ulu in LDP No comments
TARIKH : 13 JANUARI 2018
MASA ; 8.30 PAGI
TEMPAT : BILIK SERI PERPATIH
KEHADIRAN : SEMUA GURU
PENCERAMAH :
ENCIK HELMY BIN MOHAMAD
(PENYELIA DISIPLIN, UNIT HEM JPN N.SEMBILAN)
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TUAN PENCERAMAH DAN GURU-GURU YANG HADIR.
KLIK SINI : SISTEM SAHSIAH DIRI MURID
Secara amnya, Sistem SSDM Online 2.0 ini merupakan penambahbaikan sistem SSDM Online yang sedia ada. Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.
Ciri-ciri SSDM Online
1. PANGKALAN DATA DISIPLIN
SSDM Online akan menjadi pangkalan data tunggal pengurusan disiplin murid, daripada peringkat sekolah hingga peringkat nasional. Data-data dalam sistem ini akan dijadikan rujukan oleh semua pihak yang berkepentingan dengan pendidikan
2. SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN
Data-data dalam sistem ini boleh dijadikan asas dalam memantau tahap disiplin dan sahsiah murid, seterusnya semua pihak boleh berganding bahu dalam usaha membantu murid-murid, terutama yang bermasalah disiplin, ke arah kecemerlangan sahsiah diri dan akademik.
3. MENGUTAMAKAN AMALAN BAIK
Sistem ini mengutamakan amalan baik sebagai proses pembentukan sahsiah. Murid-murid akan digalakkan melakukan amalan baik untuk mengingkatkan status sahsiah diri. Dengan pemupukan amalan baik ini, diharap dapat mengawal kecenderungan murid-murid melakukan kesalahan disiplin dari semasa ke semasa.
4. PENGUKURAN SAHSIAH
Dalam mengklasifikasikan sahsiah murid-murid, sistem mata (markah) diperkenalkan. Klasifikasi berasaskan sistem mata ini boleh digunakan dalam membantu murid-murid meningkatkan status sahsiah ke arah yang lebih baik. Mana kala murid-murid yang baik akan digalakkan untuk mencapai status sahsiah amat baik dan terpuji. 5 Status Sahsiah
1.Terpuji
2.Amat Baik
3.Baik
4.Perlukan Perhatian
5.Perlukan Perhatian Serius
5. KAWALAN SISTEM
Sistem ini akan mengawal tindakan / hukuman supaya selaras dengan surat pekeliling ikhtisas serta peraturan-peraturan bagi mengelakkan ketidakpuasan hati masyarakat. Selain itu, sistem juga akan mengeluarkan surat-surat amaran dan makluman tindakan dalam bentuk yang seragam dan standard, dan dicetak secara automasi.
6. KES KHAS
Tambahan perkara dalam senarai salah laku telah dibuat, yang merujuk kepada Kes Khas, iaitu kes-kes yang hanya untuk dilaporkan, dan bukan untuk diambil tindakan / hukuman oleh pihak sekolah. Senarai kes khas ini dibuat dengan mengambil kira Surat Pekeliling Ikhtisas serta keperluan data-data kementerian untuk dilaporkan kepada Parlimen.
7. MESRA PENGGUNA
Sistem ini dibina dengan mengambil kira aspek ‘mesra pengguna’. Kemudahan-kemudahan dan capaian sistem yang ‘mesra pengguna’ ini diharap dapat meyakinkan guru-guru untuk meggunakan sistem ini tahap yang maksimum, sekali gus menghidangkan data-data nasional yang lebih tepat.
8. MUDAH DIAKSES
Sistem ini mudah diakses oleh semua pihak, terutama guru di sekolah, selain PPD, JPN, KPM, murid-murid, dan penjaga. Selain penggunaan laptop dan komputer, sistem ini dirancang penggunaannya hingga capaian android dan smart phone.
9. MELIBATKAN SEMUA PIHAK YANG BERKEPENTINGAN
Sistem ini membina rangkaian kerja yang jelas dalam kalangan semua pihak yang berkepentingan dengan pendidikan, sama ada murid-murid, penjaga, guru-guru, pegawai-pegawai PPD, JPN dan KPM

SUMBER:https://www.sistemguruonline.my/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CARIAN
POPULAR
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment