Thursday, June 7, 2018

On 6:56 PM by SK Labu Ulu in    No comments
Penggunaan Jata Negara bagi menggantikan Logo Rasmi Kementerian sebenarnya telah ditetapkan pada Januari 2017 lagi, namun begitu ada juga segelintir yang terlepas pandang berkenaan Surat Siaran Pemberitahuan tersebut:
Nama Surat Siaran: Ketetapan Mengenai Penggunaan Logo Jata Negara Bagi Kementerian Pendidikan Malaysia
Untuk makluman dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 November 2016, ahli mesyuarat telah bersetuju agar logo rasmi kementerian dan agensi digantikan dengan logo jata negara sahaja berkuatkuasa 1 Januari 2017.
Bagi memastikan penyeragaman pemakaian Logo Jata Negara di KPM, pihak Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) telah bersetuju dengan ketetapan berikut:
Penggunaan Jata Negara sebagai Letter Head pada setiap Bahagian, JPN dan PPD. (Lampiran A)
logo jata negara kpm
Gambar di atas ini merupakan penggunaannya Jata Negara pada Kepala Surat. Biarpun surat itu dikeluarkan pada peringkat PPD atau JPN, nama Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diletakkan di bahagian atas sekali, kemudian barulah nama PPD/ JPN atau Bahagian peringkat KPM.
Penggunaan Logo Jata Negara pada peringkat Kementerian. (Lampiran B)
logo kpm baru
  • Jenis Font yang digunakan adalah Adobe Garamond Pro, dan huruf K, P, M di bold.
  • Saiz huruf pula adalah 38pt
  • Warna #263A7D /R 38/ G 58 /B 125
Penggunaan Logo Jata Negara pada peringkat JPN dan PPD. (Lampiran C)
format logo kpm
Manakala logo di peringkat PPD dan JPN pula hendaklah mengikut format seperti gambar di atas:
KPM
  • Jenis Font: Adobe Garamond Pro (Huruf K,P,M di bold)
  • Saiz: 29pt
  • Warna #263A7D /R 38/ G 58 /B 125
JPN/ PPD
  • Jenis Font: Adobe Garamond Pro
  • Saiz: 28pt
  • Warna: #1C75B /R 28/ G 117 /B 188
Logo KPM PNG Format
Logo Baru KPM Jata Negara
Manakala untuk versi Bahasa Inggeris adalah seperti di bawah
Sekiranya anda ingin memuat turun kesemua maklumat berkenaan surat siaran, logo berformat png, logo dalam format Adobe Illustrator anda boleh dapatkannya di pautan berikut:
LOGO BARU KPM
Biarpun kita telah memasuki tahun 2018, namun begitu masih terdapat beberapa kesilapan dalam penggunaan logo ini, beberapa tempat yang selalu berlaku kesilapan tersebut adalah penggunaannya di:
  • Banner Program Sekolah
  • Muka Depan Fail
  • Surat
  • Flyers
  • Dokumen
TERIMA KASIH SUMBER:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...