Thursday, June 7, 2018

On 6:56 PM by SK Labu Ulu in    No comments
Penggunaan Jata Negara bagi menggantikan Logo Rasmi Kementerian sebenarnya telah ditetapkan pada Januari 2017 lagi, namun begitu ada juga segelintir yang terlepas pandang berkenaan Surat Siaran Pemberitahuan tersebut:
Nama Surat Siaran: Ketetapan Mengenai Penggunaan Logo Jata Negara Bagi Kementerian Pendidikan Malaysia
Untuk makluman dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 November 2016, ahli mesyuarat telah bersetuju agar logo rasmi kementerian dan agensi digantikan dengan logo jata negara sahaja berkuatkuasa 1 Januari 2017.
Bagi memastikan penyeragaman pemakaian Logo Jata Negara di KPM, pihak Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) telah bersetuju dengan ketetapan berikut:
Penggunaan Jata Negara sebagai Letter Head pada setiap Bahagian, JPN dan PPD. (Lampiran A)
logo jata negara kpm
Gambar di atas ini merupakan penggunaannya Jata Negara pada Kepala Surat. Biarpun surat itu dikeluarkan pada peringkat PPD atau JPN, nama Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diletakkan di bahagian atas sekali, kemudian barulah nama PPD/ JPN atau Bahagian peringkat KPM.
Penggunaan Logo Jata Negara pada peringkat Kementerian. (Lampiran B)
logo kpm baru
  • Jenis Font yang digunakan adalah Adobe Garamond Pro, dan huruf K, P, M di bold.
  • Saiz huruf pula adalah 38pt
  • Warna #263A7D /R 38/ G 58 /B 125
Penggunaan Logo Jata Negara pada peringkat JPN dan PPD. (Lampiran C)
format logo kpm
Manakala logo di peringkat PPD dan JPN pula hendaklah mengikut format seperti gambar di atas:
KPM
  • Jenis Font: Adobe Garamond Pro (Huruf K,P,M di bold)
  • Saiz: 29pt
  • Warna #263A7D /R 38/ G 58 /B 125
JPN/ PPD
  • Jenis Font: Adobe Garamond Pro
  • Saiz: 28pt
  • Warna: #1C75B /R 28/ G 117 /B 188
Logo KPM PNG Format
Logo Baru KPM Jata Negara
Manakala untuk versi Bahasa Inggeris adalah seperti di bawah
Sekiranya anda ingin memuat turun kesemua maklumat berkenaan surat siaran, logo berformat png, logo dalam format Adobe Illustrator anda boleh dapatkannya di pautan berikut:
LOGO BARU KPM
Biarpun kita telah memasuki tahun 2018, namun begitu masih terdapat beberapa kesilapan dalam penggunaan logo ini, beberapa tempat yang selalu berlaku kesilapan tersebut adalah penggunaannya di:
  • Banner Program Sekolah
  • Muka Depan Fail
  • Surat
  • Flyers
  • Dokumen
TERIMA KASIH SUMBER:

Wednesday, May 16, 2018

On 4:32 PM by SK Labu Ulu in    No comments
TARIKH : 8 MEI 2018
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERI BUDI SKLU
PESERTA : SEMUA WARGA SKLU
PENCERAMAH : TN HAJI NORAZMAN BIN AMAT,KAUNSELOR MAINS

Sunday, May 13, 2018

On 4:41 PM by SK Labu Ulu in    No comments
TARIKH : 7 MEI 2018
TEMPAT : MCDONALD'S & MCCAFE SEREMBAN GATEWAY

Saturday, May 12, 2018

On 4:24 PM by SK Labu Ulu in    No comments
KETIGA PERTANDINGAN KOMPANG SELAWAT 
PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1 2018

Tuesday, May 1, 2018

On 4:08 PM by SK Labu Ulu in    No comments
KEJOHANAN TAEKWONDO (WTF) ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SEMBILAN 2018
TARIKH : 28 APRIL 2018
TEMPAT : RUANG LEGAR KIPMART SENAWANG
NAMA KELAB : JAGOH TAEKWONDO ACADEMY
JURULATIH : SIR ROSLAN
GURU PENYELARAS : EN MOHD AZHAR BIN SHARIF
PENCAPAIAN :
 4 EMAS
1 PERAK
1 GANGSA

SYABAS & TAHNIAH DIUCAPKAN
On 3:52 PM by SK Labu Ulu in    No comments
TARIKH : 29 APRIL 2018
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : PADANG SKLU
PERASMI : DATO' HASIM BIN RUSDI (MANTA ADUN LABU)
KEPUTUSAN AKHIR :
JUARA : RUMAH MERAH
KEDUA : RUMAH BIRU
KETIGA : RUMAH HIJAU
KEEMPAT : RUMAH KUNING

SYABAS & TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.
UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH KEPADA KEHADIRAN PARA IBU BAPA DAN PARA PENYUMBANG YANG BUDIMAN. 

Monday, April 30, 2018

On 3:58 PM by SK Labu Ulu in    No comments
TARIKH : 25 APRIL 2018
TEMPAT : DEWAN SERI BUDI SKLU
PENYERTAAN : MURID TAHUN 1- 6
PERASMIAN PELANCARAN : PN RAHAYU BT MOHD YUNUS, GB SKLU

Program ini adalah pengisian program gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun. Usaha berterusan ini adalah bagi membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca.

Kesemua perpustakaan awam negeri bersetuju untuk melaksanakan JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama. Tarikh 22 April 2014 jam 10.00 hingga 10.10 pagi telah dipilih sebagai tarikh dan waktunya.

Konsep JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diilhamkan daripada sambutan Earth Hour.

Melalui program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) semua peserta tanpa mengira apa jua latarbelakang, pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan akan sama-sama  berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Pelaksanaan program  JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diharapkan dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dengan keperluan masyarakat.

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) merupakan  inisiatif membaca di perpustakaan awam negeri bersama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).

Sunday, April 15, 2018

On 6:19 AM by SK Labu Ulu in    No comments
TARIKH : 10 APRIL 2018
MASA : 7.45 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERI BUDI SKLU
PERASMI : TUAN INSPEKTOR  NALINI A/P MUNUSAMY,
                     PEGAWAI PERHUBUNGAN , CAWANGAN KOMERSIL IPD NILAI
PESERTA : SEMUA MURID & GURU SKLU


On 6:14 AM by SK Labu Ulu in    No comments
TARIKH : 3 APRIL 2018
MASA : 7.45 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERI BUDI SKLU
PERASMIM: EN ROSNIZAM BIN DAHLAN , GPK KOKU SKLU
PESERTA : SEMUA MURID & GURU SKLU

TEMA : " PEMBACAAN BERKUALITI MENJANA MINDA BESTARI "

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.

Program KM1M 2018 akan diadakan selama tiga(3) hari bermula pada 03 hingga 05 April 2018 di setiap sekolah seluruh Malaysia. Pada tahun ini, majlis pelancaran KM1M Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 03 April 2018 bertempat di SMK Bandar Baru Putra, Ipoh, Perak.

Monday, April 2, 2018

On 6:52 AM by SK Labu Ulu   No comments
TARIKH : 22 FEBRUARI 2018
MASA : 2.30 PETANG 
TEMPAT : DEWAN SERI BUDI SKLU
PERASMI : DATO' HJ. HASIM BIN RUSDI, ADUN LABU
HADIR BERSAMA :
1. PN HJH. RODIAH BINTI MOHD. JAN 
     (PEGAWAI PENDIDIKAN , PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN)
2. EN. AZMAN BIN ZAINUDIN
     (PEGAWAI MESRA PPDS - SK LABU ULU)

UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH :

KEPADA SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA YANG HADIR BERAMAI-RAMAI KE MESYUARAT PIBG SKLU KALI KE- 44 2018/2019. 


On 6:36 AM by SK Labu Ulu   No comments
TARIKH : 9 FEBRUARI 2018
MASA : 8.30 PAGI
PESERTA : MURID TAHUN 4 - 6
PELEPASAN OLEH : YDP PIBG SKLU

UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT:
1. GURU-GURU SKLU
2. PIBG SKLU
3. PDRM - UNIT TRAFIK



Monday, March 12, 2018

On 5:29 PM by SK Labu Ulu in    No comments
MTAQ PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1 2018
TARIKH : 10 MAC 2018
TEMPAT : SMK KOMPLEK KLIA

Thursday, February 8, 2018

On 5:07 AM by SK Labu Ulu in    No comments
TARIKH : 11 & 12 DISEMBER 2017
DESTINASI : LOST WORLD OF TAMBUN & GUA ANAK TEMPURUNG ; PERAK
PESERTA:
1. GURU : 9 ORANG
2. MURID : 24 ORANG

Tuesday, January 30, 2018

On 4:45 PM by SK Labu Ulu in    No comments
TARIKH : 13 JANUARI 2018
MASA : 10 PAGI
TEMPAT : BILIK SERI PERPATIH
KEHADIRAN : SEMUA GURU
FASILITATOR:
1. ENCIK  RUMAIZI BIN ISMAIL, PTP PKG NILAI
2. ENCIK MOHD IZAD BIN KAMAL, PTP PKG NILAI

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA BARISAN FASILITATOR DAN GURU-GURU YANG HADIR.

BACAAN TAMBAHAN:
1. 21 APLIKASI YANG PATUT ADA DALAM TABLET / TELEFON CIKGU

2. 15 Aplikasi yang Wajib Dipakai Guru Inovatif !

TERIMA KASIHSUMBER: 
http://www.raihanjalaludin.com
https://life.idntimes.com
On 4:39 PM by SK Labu Ulu in    No comments
TARIKH : 13 JANUARI 2018
MASA ; 8.30 PAGI
TEMPAT : BILIK SERI PERPATIH
KEHADIRAN : SEMUA GURU
PENCERAMAH :
ENCIK HELMY BIN MOHAMAD
(PENYELIA DISIPLIN, UNIT HEM JPN N.SEMBILAN)

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TUAN PENCERAMAH DAN GURU-GURU YANG HADIR.

KLIK SINI : SISTEM SAHSIAH DIRI MURID

Secara amnya, Sistem SSDM Online 2.0 ini merupakan penambahbaikan sistem SSDM Online yang sedia ada. Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.

Ciri-ciri SSDM Online

1. PANGKALAN DATA DISIPLIN
SSDM Online akan menjadi pangkalan data tunggal pengurusan disiplin murid, daripada peringkat sekolah hingga peringkat nasional. Data-data dalam sistem ini akan dijadikan rujukan oleh semua pihak yang berkepentingan dengan pendidikan


2. SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN
Data-data dalam sistem ini boleh dijadikan asas dalam memantau tahap disiplin dan sahsiah murid, seterusnya semua pihak boleh berganding bahu dalam usaha membantu murid-murid, terutama yang bermasalah disiplin, ke arah kecemerlangan sahsiah diri dan akademik.

3. MENGUTAMAKAN AMALAN BAIK
Sistem ini mengutamakan amalan baik sebagai proses pembentukan sahsiah. Murid-murid akan digalakkan melakukan amalan baik untuk mengingkatkan status sahsiah diri. Dengan pemupukan amalan baik ini, diharap dapat mengawal kecenderungan murid-murid melakukan kesalahan disiplin dari semasa ke semasa.

4. PENGUKURAN SAHSIAH
Dalam mengklasifikasikan sahsiah murid-murid, sistem mata (markah) diperkenalkan. Klasifikasi berasaskan sistem mata ini boleh digunakan dalam membantu murid-murid meningkatkan status sahsiah ke arah yang lebih baik. Mana kala murid-murid yang baik akan digalakkan untuk mencapai status sahsiah amat baik dan terpuji. 5 Status Sahsiah

1.Terpuji
2.Amat Baik
3.Baik
4.Perlukan Perhatian
5.Perlukan Perhatian Serius

5. KAWALAN SISTEM
Sistem ini akan mengawal tindakan / hukuman supaya selaras dengan surat pekeliling ikhtisas serta peraturan-peraturan bagi mengelakkan ketidakpuasan hati masyarakat. Selain itu, sistem juga akan mengeluarkan surat-surat amaran dan  makluman tindakan dalam bentuk yang seragam dan standard, dan dicetak secara automasi.

6. KES KHAS
Tambahan perkara dalam senarai salah laku telah dibuat, yang merujuk kepada Kes Khas, iaitu kes-kes yang hanya untuk dilaporkan, dan bukan untuk diambil tindakan / hukuman oleh pihak sekolah. Senarai kes khas ini dibuat dengan mengambil kira Surat Pekeliling Ikhtisas serta keperluan data-data kementerian untuk dilaporkan kepada Parlimen.

7. MESRA PENGGUNA
Sistem ini dibina dengan mengambil kira aspek ‘mesra pengguna’. Kemudahan-kemudahan dan capaian sistem yang ‘mesra pengguna’ ini diharap dapat meyakinkan guru-guru untuk meggunakan sistem ini tahap yang maksimum, sekali gus menghidangkan data-data nasional yang lebih tepat.

8. MUDAH DIAKSES
Sistem ini mudah diakses oleh semua pihak, terutama guru di sekolah, selain PPD, JPN, KPM, murid-murid, dan penjaga. Selain penggunaan laptop dan komputer, sistem ini dirancang penggunaannya hingga capaian android dan smart phone.

9. MELIBATKAN SEMUA PIHAK YANG BERKEPENTINGAN
Sistem ini membina rangkaian kerja yang jelas dalam kalangan semua pihak yang berkepentingan dengan pendidikan, sama ada murid-murid, penjaga, guru-guru, pegawai-pegawai PPD, JPN dan KPM

SUMBER:https://www.sistemguruonline.my/

Sunday, January 14, 2018

On 9:04 PM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh : 2 Januari 2018
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SK Labu Ulu
Tetamu Jemputan :Inspektor  Nalini  a/p Munusamy,  IPD Nilai (Pegawai Perhubungan Sekolah )
Guru Pengacara : Pn Hjh Suriati binti Ismail

Syabas dan tahniah kepada semua guru dan murid SK Labu Ulu kerana anda hadir pada hari pertama sesi persekolahan tahun 2018. Kepada murid SKLU tanamkan azam dan tekad untuk berjaya dalam diri anda. Buang sikap buruk dan berubahlah kepada yang lebih baik pada tahun baharu ini. Kepada guru SKLU selamat bertugas dengan ikhlas dan amanah demi untuk mendidik anak bangsa.
On 8:55 PM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh : 30 Disember 2017
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Budi SKLU
Aktivi :
1. Taklimat oleh Guru Besar Pn Rahayu binti Mohd Yunus
2. Taklimat oleh GPK1 En Mohd Zuffri bin Abdullah
3. Taklimat oleh GPK HEM Pn Norfaizah binti Abu
4. Taklimat Kelas Agama Petang oleh Ustazah Hjh Suriati binti Ismail
5. Taklimat prasekolah oleh Pn Zalila binti Harun
6. Pendaftaran murid tahun 1 & prasekolah


On 8:52 PM by SK Labu Ulu in    No comments
Tarikh : 26 - 29 Disember 2017
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Seri Perpatih
Pengerusi : Pn Rahayu bt Mohd Yunus, Guru Besar SKLU
Kehadiran : Wajib semua guru.
Mesyuarat yang terlibat : Guru, Unit Kurikulum, Unit HEM, Unit Kokurikulum, BKS dan sub jawatankuasa setiap unit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...